TENOM - Bekas Anggota Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi hari ini menyuarakan sokongan terbukanya kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Tenom dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.
Beliau yang juga Presiden Kehormat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tenom menzahirkan sokongan itu pada program Muafakat Peladang di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah.
Sehubungan itu, Raime yang menjadi Anggota Parlimen Tenom selama tiga penggal sejak 2004 berkata beliau komited memberikan sokongan dan membantu calon BN untuk memastikan kemenangan semua calon-calon berkenaan pada kali ini.
Katanya, perjuangan parti dan kepentingan rakyat sentiasa menjadi keutamaannya.
Raime berkata: "Yang penting adalah kemenangan BN supaya parti dapat meneruskan agenda pembangunan yang dirancangkan,".
Dalam pilihan raya kali ini, kerusi Parlimen Tenom ditandingi oleh Ketua Bahagian UMNO Tenom Datuk Rubin Balang yang dicabar calon DAP, Noorita Sual dan Laimoi Laikim daripada Parti Harapan Rakyat Sabah.
Sementara itu, dua kerusi Dewan Undangan Negeri Melalap dan Kemabong di bawah Parlimen Tenom

PRU14 Catat Sejarah Dr Mahathir Tidak Turun Kempen Ke Sabah Dan Sarawak
KOTA KINABALU - Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pilihan raya umum kali ini bakal mencatatkan sejarah apabila calon yang berhasrat menjadi perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak turun berkempen di Sabah dan Sarawak setakat ini.
Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata dalam konteks Sabah, ini membuktikan wujud kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Dr
Pesta Keluar Parti: Kali Ini 886 Orang 16 Cawangan Warisan Di Banggi Masuk BN!
KUDAT - Parti Warisan Sabah berdepan dengan gelombang keluar parti besar-besaran yang berterusan sejak selepas hari penamaan calon 28 April yang lalu. Mereka yang terlibat itu dengan nekad mengumumkan tindakan mereka secara terbuka dan menyatakan sokongan penuh terhadap Barisan Nasional.
Satu demi satu cawangan, seorang demi seorang pemimpin diikuti pengikut masing-masing meninggalkan perjuangan Warisan yang dilihat sebagai tidak telus itu.
Mereka menyifatkan perjuangan Warisan sebagai lebih
Stesen Janakuasa Suria Terbesar Di Kudat Mula Beroperasi Bulan Ini
KUDAT - Stesen penjanaan tenaga suria terbesar di Malaysia iaitu berkapasiti 50megawatt (MW) di Lausan, dekat sini telah siap dan mula beroperasi bulan ini.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata stesen janakuasa suria yang dikendalikan Tadau Energy Sdn Bhd (TESB) itu dijangka membekalkan elektrik kepada 10,000 rumah, sekali gus menstabilkan bekalan elektrik kepada penduduk di sekitar Kudat.
"Projek suria itu bukan sahaja telah mencipta sejarah sebagai
Penduduk Harap BN Mampu Rampas Semula Kerusi DUN Tamparuli
TUARAN - Penduduk Tamparuli berharap Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu yang kini disandang oleh wakil rakyat parti pembangkang.
Rata-rata penduduk ditemui melahirkan keinginan untuk melihat BN memenangi DUN Tamparuli pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini sekali gus menerajui kawasan tersebut bagi tempoh lima tahun akan datang.
Seorang penduduk Danish Sua, 32, dari Kampung Bontoi berkata wakil rakyat pembangkang di kawasan itu gagal
Kemeriahan Kempen PRU14 Di Sabah Masih Belum Terasa
KOTA KINABALU - Walaupun tempoh kempen untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sudah memasuki hari keenam sebelum hari mengundi pada 9 Mei ini, kemeriahan kempen parti-parti politik yang bertanding di kebanyakan kawasan di Sabah masih boleh dianggap pada tahap sederhana.
Di kawasan bandar-bandar utama seperti Parlimen Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan umpamanya, ketika berita ini ditulis, kebanyakan poster, kain rentang, papan iklan dan dan lain masih kurang dan didominasi oleh parti komponen
BN Akan Bina 70 Rumah Transit Untuk Mangsa Kebakaran Kampung Panji
SEMPORNA - Barisan Nasional (BN) akan membina 70 rumah transit untuk mangsadalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Panji di sini malam tadi.
Timbalan Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Ramlee Marahaban, yang juga calon BN di kerusi Parlimen Semporna, berkata pembinaan itu akan dilaksanakan mulai esok dan dijangka siap sebelum Ramadan.
"Setakat ini saya difahamkan terdapat 51 keluarga terlibat dalam kebakaran di kampung itu, kita simpati dengan musibah yang menimpa mangsa kebakaran