MEMBAKUT- Pantai Kampung Pimping berpotensi untuk dimajukan untuk dijadikan satu lagi destinasi pelancongan bukan saja penduduk sekitaranya malah dari luar, kata Datuk Haji Mohd Arifin Arif.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri itu berkata apabila dimajukan ia sudah tentu memberi manfaat khusus kepada penduduk Kampung Pimping dan Binsulok yang akan memberi peluang penduduk menjalankan perniagaan.
Beliau berkata sebanyak 50 gerai makan dan minum sudah didirikan oleh penduduk kampung yang sudah tentu akan memberikan rezeki dan menambahkan sumber pendapatan mereka.
“Kita akan berusaha memajukan pantai ini dengan menaiktaraf infrastruktur dan prasarananya seperti menyediakan jalan raya yang baik, mengwujudkan bekalan air dan elektrik serta menaiktaraf semua 50 gerai pengusaha yang sedia ada,” katanya.
Timbalan Ketua Umno Bahagian Parlimen Kimanis itu berkata demikian semasa merasmikan Majlis Santai Seni bersama Rakyat yang diadakan di Pantai Kampung Pimping pada Ahad.
“Pantai yang indah sejauh lebih kurang sepanjang 5 kilometer ini juga yang mempunyai keindahan tersendiri ini juga bakal menjadi persinggahan mereka yang melalui jalan pantai ini disebabkan kedudukannya yang