NABAWAN - Seramai 617 ketua keluarga dari 16 buah kampung di daerah ini mendapat tanah melalui penganugerahan Geran Komunal yang membabitkan keluasan 9,700 ekar.
Geran Komunal ini terdiri dari dua kelompok iaitu Tagol 1 melibatkan enam buah kampung membabitkan 140 ketua keluarga dengan keluasan 700 ekar dan Tatalaan 2 melibatkan sepuluh buah kampung (477 ketua keluarga) dengan keluasan 9,000 ekar.
Penyampaian Geran Komunal tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman sempena Roadshow Yayasan Sabah Bersama Rakyat Peringkat Zon Pedalaman Utara, Karnival Kerjaya, Keusahawanan dan Mobile CTC di dataran Nabawan di sini kelmarin.
Terdahulu dalam ucapan perasmian program yang dihadiri oleh 5,000 orang itu Musa berkata, penganugerahan geran komunal telah memberi manfaat yang besar kepada penduduk yang terlibat di seluruh negeri ini.
Katanya, setakat ini sebanyak 93 geran komunal melibatkan 263 kampung dan 13,224 benefisiari dengan keluasan 147,547. 23 ekar.
Jelas Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, selain memberi hak milik tanah kepada penduduk yang terlibat yang boleh diwarisi oleh anak cucu cicit penganugerahan geran komunal juga menyelamatkan