26
Rab, Feb

Batu Sapi - Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman berjanji akan meluluskan permohonan tapak tanah bagi projek pembinaan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Batu Sapi selepas Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Sebanyak 500 unit rumah PPR akan ditambah demi memenuhi keperluan rakyat khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong, Batu Sapi.

Katanya,”Saya setuju selepas pilihan raya barulah kita akan luluskan (tanah) di kawasan Batu Sapi, sekarang ini belum lagi.

“Percayalah tiada kerajaan di dunia ini sebaik kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus membantu rakyat dengan kepelbagaian bantuan diberikan.” katanya semasa berucap di Majlis perasmian Sekolah Kebangsaan Bahagia, Batu Sapi yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi.

Turut hadir di majlis ini calon BN, kerusi kawasan Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin, calon BN kerusi DUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya dan calon BN DUN Karamunting, Lim Kai Ming.

Musa turut berkata, pembinaan sebanyak 2,000 unit PPR yang mahu dibina di kawasan Batu Sapi ini pasti akan dilaksanakan secara berperingkat demi keselesaan penduduk di kawasan tersebut.

Sebelum ini, PPR Taman Baru Sapi telah

Baca Selanjutnya: Tambah Pembinaan PPR Di Batu Sapi, Sandakan

Tuaran: Ahli Jawatankuasa Bahagian bersama-sana Ketua-Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi Parti Pakatan Rakyat Tuaran sebulat suara memutuskan untuk keluar parti dan sertai Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) P.170 Tuaran merupakan juga Timbalan Penyelarasan PKR Tamparuli, Rajimit Gunong mengetuai operasi menurunkan bendera PKR di hadapan Pejabat PKR Tuaran dan menganti serta menaikkan bendera Barisan Nasional sebagai tanda keluar parti dan sertai BN

Baca Selanjutnya: PKR Tuaran Turunkan Bendera Parti dan Tutup Operasi Pejabat

Kota Kinabalu - Ikrar taatsetia dan terus berjuang demi kelangsungan perjuangan Barisan Nasional (BN) telah dibuktikan melalui tindakan Datuk Jumat Idris, penyandang kerusi Parlimen Sepanggar.

Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan Datuk Jumat Idris, bekas Ketua Bahagian Sepanggar adalah bukti pemimpin yang baik dan setia di dalam BN.

“Saya sifatkan beliau adalah seorang pemimpin tulen dan sejati kerana terus bersama BN.

“Saya cukup gembira

Baca Selanjutnya: Jumat Pemimpin Tulen dan Sejati - Salleh Keruak

Kimanis - Rakyat Bongawan menyaksikan hampir 1,000 orang ahli parti Warisan Sabah (Warisan) umum keluar parti kerana rasa kecewa dengan perjuangan parti yang dianggap bersifat peribadi.

Bekas Exco Wira Warisan, Safari Mohd Adnan berkata, tindakan ini dibuat bersama-sama ahli lain kerana melihat Warisan hanya berjuang pada pilihan raya umum Ke-14 (PRU14) ini bermotifkan dendam.

“Kami tampil dan berani menyuarakan hari ini, sokongan kami kepada pucuk pimpinan parti Warisan tidak ada lagi.

“Kami

Baca Selanjutnya: 1,000 Ahli Warisan Tinggalkan Parti

Bongawan - Kurang dari 24 jam, Safari Mohd Adnan yang mengetuai ahli Parti Warisan Bongawan keluar parti terima cacian dan hinaan di kalangan pemimpin dan penyokong parti Warisan dalam media sosial.

Safari menjadi sasaran utama para pemimpin dan penyokong parti Warisan atas tindakan beliau keluar parti semalam bersama ahli-ahlinya hampir 1,000 orang.

Kata-kata cacian seakan Safari gila kuasa dan ingin menjadi calon menjadi bahan perbualan utama mereka hingga sanggup keluar parti.

Terbukti para

Baca Selanjutnya: Safari Dihina Pemimpin Warisan

Kota Kinabalu - Penyandang kerusi Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris beri sokongan penuh kepada kepimpinan Barisan Nasional (BN) walaupun tidak lagi dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Jumat yang juga bekas Ketua Bahagian UMNO Sepanggar turut berkata bahawa hatinya cukup kuat untuk terus berjuang di dalam Barisan Nasional.

“Saya cukup taat setia kepada parti dan buktinya sehingga kini walaupun bukan lagi menjadi calon BN, namun saya akan terus berjuang demi BN kerana inilah perjuangan

Baca Selanjutnya: Jumat Kekal Bersama Kepimpinan BN

KOTA KINABALU - Pertandingan tujuh penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai, Sabah menjadi pertembungan berbilang penjuru dengan calon paling ramai pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) 9 Mei ini. 

Tujuh calon yang bertanding untuk merebut kerusi DUN berkenaan ialah Ahmad Dullah (Pas), Lim Ting Khai (Barisan Nasional-LDP), Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon (Harapan Rakyat), Abrani Akum (PKR-Amanah), Sarifudin Hata (Warisan), Azizul Tandek (PKS) dan Mohd Nasir Sumadi

Baca Selanjutnya: Pertandingan Tujuh Penjuru Jadi Tarikan PRU14

Lebih banyak artikel..