25
Sel, Feb

KOTA KINABALU - Hanya tiga kerusi, masing-masing satu Parlimen dan dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah menyaksikan pertandingan satu lawan satu, manakala baki 82 kerusi, termasuk 24 Parlimen membabitkan pertembungan lebih daripada tiga calon.

Satu daripada kerusi terbabit ialah DUN Senallang yang menyaksikan pertembungan dua sepupu iaitu pemangku Ketua UMNO Semporna, Datuk Seri Nasir Sakaran dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Dua lagi ialah DUN Elopura dan Parlimen Sandakan, masing-masing pertembungan antara calon BN dengan DAP.

Persaingan paling ramai ialah tujuh penjuru di DUN Merotai, manakala lapan kerusi menyaksikan pertandingan enam penjuru masing-masing dua di Parlimen dan enam DUN.

Keseluruhannya, seramai 349 calon termasuk lima calon bertanding di dua kerusi (Parlimen dan DUN) mengemukakan pencalonan masing-masing pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dengan 85 calon daripada Barisan Nasional (BN), manakala 264 calon pembangkang termasuk 13 Bebas.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang akan mempertahankan kerusi DUN Sungai Sibuga, berdepan

Baca Selanjutnya: Sabah Saksi 349 Pencalonan

SANDAKAN - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman yang bertanding mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga akan berdepan dengan dua calon pembangkang di Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei ini.

Musa yang juga merupanag penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga sejak empat penggal itu dicabar oleh Asmara Abdul Rahman dari Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Osman Enting dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

Bagi Parlimen Libaran pula, calon BN, Datuk Zakaria

Baca Selanjutnya: Dua Calon Mencabar Musa Di DUN Sungai Sibuga

Kimanis : Tiga penyandang wakil rakyat Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Kimanis dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dan Membakut kekal untuk terus galas tanggungjawab serta cabaran pada pilihan raya umum ke-14.

Selepas pengumuman diadakan semalam oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Tan Sri Musa Aman, satu mesej ringkas telah ditular dengan mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Anifah Aman yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kimanis.

Persoalannya cukup jelas hanya

Baca Selanjutnya: PRU14 : Anifah Orang Luar?

KOTA KINABALU – Parti Harapan Sabah akan bertanding di 15 kerusi Parlimen dan 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden 1 Harapan Rakyat, Datuk Maijol Mahap berkata parti ini akan meletakkan calonnya di kerusi Parlimen Labuan.

“Ini bermakna parti Harapan akan bertanding di 16 kerusi Parlimen pada PRU14,” katanya kepada media semasa hadir sidang media pada Selasa lepas.

Parti Harapan Rakyat antara parti pembangkang lokal yang telah

Baca Selanjutnya: PRU14- Harapan Rakyat Dominasi Pencalonan Gabungan Sabah

Kota Kinabalu: Senarai rasmi calon parti Warisan Sabah pada pilihan raya umum ke-14 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen (PAR) sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal pagi tadi.

DUN

 

CHONG CHEN BIN

N1 Banggi

 

CHONG CHEN BIN

N2 Tanjong Kapor

 

MAKLIN BIN MASIAU

N3 Pitas

 

BAINTIN BIN ADUN @ ABD HALIM

N5 Tandek

 

ABD BAHTRIN @ ABDUL BAHKRIN BIN MOHD YUSOF

N8 Usukan

 

ABDULLAH SANI BIN DAUD

N10 Sulaman

 

JO-ANNA SUE HENLEY

Baca Selanjutnya: Senarai Penuh Calon Parti Warisan Sabah PRU-14

LABUAN - Parlimen Wilayah Persekutuan Labuan bakal menyaksikan pertarungan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS, Warisan, Parti Harapan Rakyat Sabah dan calon bebas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ini ekoran pengumuman kepimpinan Parti Harapan di Kota Kinabalu hari ini bahawa parti itu akan memasukkan Labuan dalam senarai 16 kerusi yang akan ditandinginya.

Minggu lepas PAS telah mengumumkan Penolong Ketua PAS Labuan, Ahmad Junid Mohd Aling, yang berasal dari

Baca Selanjutnya: Labuan Bakal Menyaksikan Pertarungan Lima Penjuru

KOTA KINABALU - Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata beliau membuat keputusan bertanding semula di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan selepas mengambil kira permintaan akar umbi dan kepemimpinan tertinggi parti.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu yang sebelum ini mengumumkan bersara daripada politik, akan bertanding di DUN Tambunan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun melepaskan kerusi Parlimen Keningau yang turut disandangnya.

Pairin, 77

Baca Selanjutnya: Pairin Akur Tanding Semula Di DUN Tambunan

Lebih banyak artikel..