19
Rab, Feb

Calon Warisan Batu Sapi, Pemimpin Tidak Kenang Budi – Kah Kiat

Sabah
Typography

Sandakan – Bekas pemimpin Barisan Nasional dan kini mejadi calon pembangkang dianggap pemimpin tidak kenang budi yang mampu merosakkan komuniti rakyat Malaysia jika rakyat memilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat melabelkan calon Warisan bagi kerusi Parlimen Batu Sapi sebagai seorang yang tidak kenang budi kerana pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan sebelum ini.

“Datuk Liew Vui Keong dahulu adalah penasihat parti Liberal Demokratik Sabah ((LDP) yang pernah juga memegang jawatan Presiden parti serta dilantik memegang jawatan Persekutuan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

 “Mahukah kita memilih pemimpin seperti ini yang bercakap mahu buang UMNO di Sabah ke Semenanjung sedangkan dahulu dia adalah salah seorang yang memimpin kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri.” katanya ketika meghadiri Majlis Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama komuniti Tionghua Sandakan semalam.

Chong turut berkata,”Disebabkan gagal pertahankan kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya umum ke13 (PRU13) pada tahun 2013 kerana tewas dengan calon DAP, Stephen Wong Tien Fatt kini dia bertanding di atas tiket pembangkang (Warisan) untuk menentang penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi, Datuk Linda Tsen Thau Lin.

“Diharap kita (pengundi Cina) khususnya di Sadakan, tidak mengambil ringan pada PRU14 dan terus mengundi Barisan Nasional (BN) demi memastikan kestabilan, kemajuan dan keharmonian rakyat di negeri ini terus terjamin.” katanya lagi.