26
Rab, Feb

Jun Alias Tangkis Tuduhan Larikan Duit RM870,000 Parti USNO Baru

Sabah
Typography

Kota Kinabalu – Kegagalan calon Parti USNO Baru bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kini terjawab dengan kenyataan dan laporan polis Jun Alias, Penasihat Kewangan Parti USNO Baru.

Insiden ini bermula dengan penularan isu wang deposit pencalonan sebanyak RM870,000 parti USNO Baru hilang hingga menyebabkan seramai 26 calon kerusi Parlimen dan 58 calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Anggota Majlis Tertinggi USNO Baru. John Kisil memaklumkan insiden ini telah menyebabkan calon parti hanya dua orang sahaja yang dapat bertanding iaitu di kerusi DUN Balung dan Merotai di Tawau, Sabah.

“26 calon Parlimen dan 58 calon DUN tidak dapat bertanding kerana duit deposit telah hilang dilarikan oleh ahli parti yang bertanggungjawab membawanya semasa hari penamaan calon. 

“Saya telah membuat laporan polis berhubung dengan insiden ini.” katanya kepada media.

Di dalam laporan tersebut turut dinyatakan Presiden USNO Baru, Dulli TIaseh telah menyerahkan wang deposit untuk 26 calon Parlimen dan 60 DIN Sabah kepada individu yang bertangungjawab mengurus kewangan parti termasuk deposit sebagai calon.

Jun akhirnya tampil dengan satu laporan polis menangkis tuduhan kononnya dia adalah individu yang melarikan diri bersama-sama wang parti dan duit depsosit calon PRU14.

Antara kandungan yang dinyatakan di dalam laporan polis tersebut ialah:-

“Saya telah dititnah mengatakan bahawa saya telah membawa lari wang pencalonan parti USNO berjumlah RM870,000 di Pejabat SPR Putajaya, Kota Kinabalu dan saya juga telah dituduh menerima wang dariapda calon parti USNO dengan alasan berbentuk cagaran.

Jun turut berkata “Saya membuat laporan polis untuk menafikan dan akan mengambil tindakan saman malu kepada semua yang terlibat membuat laporan polis ke atas diri saya berhubung isu ini.” katanya.

Persoalannya adakah berita kehilangan wang deposit parti USNO Baru benar –benar berlaku atau ia hanyalah propa untuk mendapatkan simpati rakyat Sabah. Jika benar isu ini palsu dan laporan yang dibuat juga palsu, kes ini boleh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga enam bulan dan denda hingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.