25
Sel, Feb

250 Anggota PKR Parlimen Tuaran Keluar Parti

Sabah
Typography

TUARAN - Sebanyak  250 anggota PKR di kawasan Parlimen Tuaran termasuk 10 Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli keluar parti seterusnya menyertai Barisan Nasional (BN) selepas mendakwa hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan PKR.

Kumpulan tersebut  yang diketuai  Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Parlimen Tuaran Rajimit Gunong mengumumkan keluar parti dalam sidang media di Pejabat PKR Tuaran, dekat sini, hari ini.

Rajimit berkata tindakan mereka meninggalkan PKR juga adalah disebabkan kepimpinan parti tidak mengambil peduli serta tidak menghargai usaha mereka terhadap parti itu di Tuaran.

Sementara itu, Ketua Wanita Penyelaras PKR Sulaman Halimah Puloh berkata, sebanyak 50 anggota PKR telah keluar parti itu sebelum hari penamaan calon pada 28 April lepas dan akan ada lagi anggota menyusul keluar daripada PKR untuk menyertai BN. 

"Kami juga amat berbesar hati kepada Pemangku Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau,  Ketua UMNO Bahagian Tuaran Datuk Hajiji Noor  dan Ketua PBS Bahagian Tamparuli Datuk Jahid Jahim kerana menerima kemasukan kami ke dalam BN," katanya.

Halimah  berkata tindakan mereka itu juga kerana tidak bersetuju dengan pilihan pucuk pimpinan PKR meletakkan Chrisnadia Sinam bertanding di kawasan Parlimen Tuaran kerana beliau tidak pernah bekerja dan menyumbang kepada  parti di Tuaran.

BERNAMA