25
Jum, Sep

Komuniti Cina Sabah, KDM Tolak Dr Mahathir

Sabah
Typography

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah mencabar Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membawa Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berdepan rakyat akar umbi di negeri ini, khususnya masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Setiausahanya, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ia bagi membolehkan masyarakat akar umbi dari etnik berkenaan dan kaum Cina mengetahui bahawa Dr Mahathir adalah calon Perdana Menteri pilihan pembangkang.

"Saya minta Mohd Shafie bawa beliau (Dr Mahathir) ke kawasan Cina, KDM supaya mereka tahu (Dr Mahathir) calon Perdana Menteri... jadi kita tahu beliau (Mohd Shafie) tiada agenda tertentu atau tidak jujur," katanya selepas melancarkan Kempen Bulan Hidup Sihat di Kampung Lobou 1 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Rahman percaya Dr Mahathir mungkin dinasihatkan oleh pakatan pembangkang supaya tidak datang kerana rakyat Sabah khususnya masyarakat KDM tidak boleh menerima apa dilakukan bekas Perdana Menteri itu terhadap negeri ini selama 22 tahun menerajui negara.

"Masyarakat KDM tidak bersetuju dengan cara Dr Mahathir selama menjadi perdana menteri. Oleh itu, rakyat harus menolak proksinya di Sabah iaitu WARISAN diketuai Mohd Shafie sebagai tanda protes kepada Mahathir," katanya.

BH ONLINE

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.