26
Rab, Feb

Kerajaan BN Hormati Hak-Hak Sabah Dalam MA63

Sabah
Typography

KERAJAAN Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Najib Razak komited untuk mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963.

Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana Pihak Berkuasa Sabah dan Sarawak yang dipengerusikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, adalah bukti komitmen berkenaan.

Dua lagi jawatankuasa turut ditubuhkan, iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Teknikal peringkat Persekutuan.

Jawatankuasa Pemandu dipengerusikan oleh Anifah dan Nancy, manakala Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Antara kejayaan besar jawatankuasa tersebut ialah pengesahan oleh Peguam Negara bahawa kajian perlembagaan 40 peratus Geran Khas Sabah di bawah Perkara 112D Persekutuan Perlembagaan mesti diteruskan.

Berikutan perbincangan serta mesyuarat yang telah diadakan turut membuahkan perkembangan positif berkenaan pemulangan semula pengeluaran dan pengagihan elektrik serta gas, yang akan menambahbaik tahap pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Selaras dengan dasar janji ditepati oleh kerajaan BN, Najib berulang kali memberi jaminan bahawa sebarang hak, sama ada sengaja atau tidak sengaja diambil daripada Sabah dan Sarawak, akan sewajarnya dipulihkan dan dikembalikan.

Tiada Perdana Menteri sebelum ini yang berani dan secara terbuka membuat janji sedemikian. Terdapat juga pemerkasaan yang lebih besar kepada penjawat awam di kedua-dua negeri.

Najib satu-satunya pemimpin tertinggi negara yang memahami dan mengiktiraf sentimen rakyat terhadap hak-hak negeri Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).