25
Sel, Feb

Pemilikan Tanah Adat Diberi Keutamaan Kerajaan BN Di Sabah

Sabah
Typography

BARISAN Nasional Sabah tidak akan mengabaikan hak pribumi untuk memiliki tanah yang didiami atau diusahakan sejak turun temurun.

Dalam usaha itu, Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mengarahkan program Perkhidmatan Tanah Pribumi Negeri Sabah (PANTAS) untuk menyegerakan kajian dan mengeluarkan hak milik ke atas Tanah Adat Pribumi pada tahun 2011.

Sejak itu, Jabatan Tanah dan Ukur sudah mengeluarkan sebanyak 21,378 geran tanah dengan jumlah keseluruhan 36,137.02 hektar di 92 kampung menerusi PANTAS, sebagai pengiktirafan hak adat pribumi masyarakat asli.

Ini berikutan kebimbangan masyarakat pribumi bersama pemimpin BN berhubung keperluan menyelesaikan isu individu yang tidak mempunyai surat ikatan untuk menuntut hak tanah mereka sendiri.

Musa juga memperkenalkan program Geran Komunal yang menjadikan pemilik asli kepada Hak Tanah Adat Pribumi.

Sejak tahun 2011, sebanyak 73 geran komunal sudah diproses, membabitkan 217 kampung di 12 daerah yang meliputi kawasan seluas hampir 50,000 hektar.

Musa turut berjanji program PANTAS dan Geran Komunal akan terus digunakan untuk menyelesaikan isu berkaitan Hak Tanah Adat Pribumi.

Sebanyak RM20 juta diperuntukkan kerajaan Persekutuan di bawah Bajet 2018 dan kira-kira 17,000 hektar tanah dijangka akan dikaji tahun ini.

Inisiatif kerjasama yang membabitkan kerajaan Negeri dan Persekutuan itu akan melibatkan 80 pasukan dari Jabatan Tanah dan Ukur negeri.