17
Sel, Sep

Lapan Kampung Di Nabawan Kini Sertai BN

Sabah
Typography

Nabawan - Setiap perjuangan itu ada matlamatnya dan ia hanya dicapai jika ada kesepakatan bersama antara rakyat dan pemimpin.

Juanis Ibut, penyokong tegar pembangkang kini beralih sokongan dari kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat perjuangannya tidak dihargai.

Katanya, kami adalah penyokong kuat pembangkang tetapi bila dilihat hanya Barisan Nasional yang bantu kami selama ini, maka kami ikrar untuk berjuang bersama pemimpin BN khususnya P.182 Pensiangan dan N.38 Nabawan”.

Kenyataan Juanis turut disahut oleh rakannya Labi Buntong yang memaklumkan beliau adalah ketua pembangkang di kawasan ini (Nabawan) pada pilihan raya umum ke-13 dan sentiasa menentang apa sahaja yang diusahakan oleh pemimpin BN terutamanya Datuk Bobbey.

“Kami sekarang penyokong kuat kepimpinan Datuk Bobbey kerana kami melihat kepimpinan BN cukup jelas yang sentiasa membantu rakyat dan tidak hanya tahu berjanji seperti pembangkang.

“Kami melihat jika pembangkang menang pada pilihan raya kali ini Tun Mahathir akan jadi Perdana Menteri semula. Dialah punca Sabah hadapi masalah pendatang asing tanpa izin.” katanya ketika menghadiri program Sungkor Kalawon (Menyokong Pemimpin) di Rumah Panjang Kampung Sungoi Matai, Nabawan.

Tegas Labi lagi, habislah (teraniayalah) rakyat Sabah kalau Tun M menjadi PM semula dan ini yang perlu kita tolak.

Program ini turut menyaksikan sebanyak lapan (8) buah kampung turut memberi sokongan dan sekali gus sertai Barisan Nasional antara kampung yang terlibat ialah Kampung Kagasa, Kampung Solog, Kampung Panginatan, Kampung Kahimpango, Kampung Tampusison, Kampung Tataluan, Kampung Langkukuk dan Sungoi Matoi.

Ikrar berjuang bersama pemimpin BN pada PRU 14 ini turut disaksikan oleh calon BN N.38 Nabawan, Datuk Bobbey Ahfang Suan.

Turut hadir Datuk Senator Abdul Ghani Mohd Yassin, Ketua Bahagian UMNO Pensiangan, Datuk Ellron Angin, Calon BN N.37 Sook, Datuk Hasnol Datuk Ayub, Ketua Bahagian UMNO Penampang, Paul Yambak, Ketua Bahagian PBRS dan Alex Daruk Adib, Ketua Bahagian PBS.