25
Sel, Feb

Siapa Kata Tiada Pembangunan Di Tambunan

Sabah
Typography

Tambunan - Kerajaan sentiasa tunaikan janji untuk terus membawa arus pembangunan demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di Sabah khususnya di kawasan pedalaman.

Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Logijin memaklumkan kepada penduduk setempat Tambunan segala usaha kerajaan sejak tahun lepas untuk memastikan rakyat Tambunan turut rasai nikmat pembangunan walaupun berada di luar kawasan bandar.

Katanya,”Daerah ini walaupun didominasi oleh masyarakat Bumiputera Bukan Islam namun sehingga hari ini sebanyak tiga buah masjid konkrit telah siap dibina di Kampung Libang dan Kampung Tampasak Liwan.

“Ini membuktikan bahawa pemimpin sentiasa memastikan apa keperluan rakyat untuk dipenuhi tanpa mengira bangsa mahupun agama.” katanya ketika menghadiri program Taklimat Pembangunan Daerah Tambunan semalam.

Beliau turut menambah, selain kemudahan tempat beribadat, kerajaan turut membina dua jambatan di Kampung Maras-Maras dan Kampung Pupuluton.

“Penduduk daerah ini juga boleh dikatakan telah menikmati lebih 95 peratus bekalan elektrik manakala  penduduk kampung Kaingaran turut nikmati hampir 85 peratus pembinaan jalan raya yang mereka boleh guna setiap hari.” katanya lagi.

Daerah Tambunan merupakan daerah yang cukup dekat dihati Bumiputera Bukan Islam khususnya etnik Kadazandusun kerana ketua etnik atau lebih dikenali Huguon Siou adalah juga calon Barisan Nasional N.32 Tambunan, Tan Sri Panglima Joseph Pairin Kitingan.

Sebelum ini, Pairin pernah menyuarakan 99 peratus beliau tidak akan bertanding lagi di kerusi Dun Tambunan dan Parlimen Keningau. Namun dengan adanya satu (1) peratus, atas desakan pemimpin tertinggi Parti Bersatu Sabah dan ketua-ketua masyarakat di daerah Tanbunan, akhirnya Pairin akur atas kehendak rakyat beliau bertanding semula di kerusi Tambunan sahaja.