24
Kha, Sep

Nasib Kaum Tionghua Papar Sentiasa Dibela

Sabah
Typography

Papar - Pemimpin yang cemerlang akan dapat dilihat bila semua keperluan serta kehendak rakyat berbilang kaum dan agama sentiasa terbela.

Pengerusi Dewan Perniagaan Tionghua Papar, Datuk Liew Siew Kian berkata sejak pilihan raya umum ke13 (PRU13) pemimpin Barisan Nasional sentiasa mengutamakan apa yang diperlukan oleh kaum kami (masyarakat cina Tionghua).

“Kedua-dua pemimpin dari calon BN ini punya jiwa besar untuk masyarakat Tionghua kerana sentiasa melihat apa yang kami mahukan.

“Pembangunan yang ada di daerah Papar ini sedikit sebanyak adalah usaha mereka dan turut bantu bagaimana hendak meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Banyak tajaan yang mereka berikan kepada persatuan Cina, sekolah, tokong dan lain-lain lagi bantuan khusus kepada kita sebagai orang Tionghua di Papar”. katanya ketika menghadiri majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Tionghua.

Majlis ini telah dihadiri kedua-dua calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P.175 Papar, Datuk Hajjah Rosnah Hj Abdul Rashid Shirlin dan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.22 Pantai Manis, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Rahim Ismail.

Liew turut berkata masyarkat kaum tionghua di daerah ini masih memerlukan perkhidmatan kedua-dua tersebut untuk terus membawa segala permasalah yang mereka hadapi kepada kerajaan.

“Saya yakin, kedua-dua pemimpin ini jika diberi kemenangan pada pilihan raya umum ke 14 mampu membawa banyak perubahan lagi kepada Papar yang sekali gus dapat kami nikmati.

“Kita tolak sebarang berita palsu yang disebarkan dalam media sosial. Kita juga tidak suka individu yang suka tabur fitnah kerana ia mampu mengancam kestabilan dan keselamatan negara dan paling utama bagaimana untuk kita terus menjaga perpaduan serta keharmonian kaum di negara kita.” katanya lagi.

Program ini turut dihadiri lebih 300 orang masyarakat Tionghua untuk bersama-sama kedua-dua calon BN sebagai tanda sokongan atas jasa pemimpin ini telah lakukan sejak PRU13.

Kapitan Cina Papar, Peter Lo, Naib Pengerusi MCA Papar, Chrr Kui Fook, JKDB Pekan Pekan Papar, So Chung Hian dan JKDB Kedai Industry, Wiliam Shim turut bersama-sama memeriahkan majlis ini semalam.

Sebelum ini, Pusat Daerah Mengundi Bandar hanya beri kemenangan kepada calon BN pada PRU13 di saluran satu. Namun dilihat sokongan masyarakat cina sehingga hari kni menampakkan bakal berlaku tsunami pengundi Cina buat calon BN pada PRU 14.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.