25
Jum, Sep

200 Lagi Ahli Warisan Sertai BN

Sabah
Typography

Lahad Datu - Hilang kepercayaan dan parti hanya memperjuangkan isu peribadi adalah alasan utama keluar parti bagi sesetengah ahli politik pembangkang di Sabah.

Terkini ahli Parti Warisan di Kampung Sapagaya Hilir turut memaparkan sokongan padu kepada kepimpinan Barisan Nasional setelah mengalami perkara yang sama dihadapi ahli parti Warisan terhadap pemimpin parti tersebut.

Jeffrizin Hj Suti, ketua mewakili 200 ahli Warisan yang keluar parti telah menyatakan tahap sokongan mereka kini bersama Barisan Nasional.

“Kami sudah hilang kepercayaan kepada parti Warisan kerana kami lihat perjuangan politik parti ini lebih kepada isu peribadi dan bukan membawa suara (kebajikan) rakyat Sabah.

“Ya dulu kami sangka parti ini dapat bantu kami tapi sebenarnya hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membantu rakyat kerana jasa BN sudah nampak di mata kami sendiri selama mentadbir negeri Sabah dan negara kita di Malaysia.” katanya semasa hadir di majlis ini yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Silam Zon Sapagaya.

Majlis kemasukan 200 ahli Warisan ke Barisan Nasional ini turut disaksikan sendiri oleh pemimpin setempat dan calon Barisan Nasional P.188 Silam, Datuk Hj Datu Nasrun bin Datu Mansur.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.