17
Sel, Sep

Pilihlah Pemimpin Yang Bijaksana Dan Tinggi Akhlaknya - Syed Abas

Sabah
Typography

Balung - Rakyat ingin ditadbir pemimpin yang mempunyai keperibadian yang baik dan berkarisma agar terus membela nasib rakyat dalam lima tahun akan datang.

Mantan wakil rakyat N.55 Balung, Datuk Seri Panglima Hj Syed Abas Syed Ali berkata, calon Barisan Nasional (BN) DUN Balung adalah calon yang mempunyai ciri-ciri yang rakyat inginkan.

“Kita mahu pemimpin yang berakhlak baik, bijak, berpendidikan dan punya karisma dalam menyatu padukan rakyat khususnya di Balung.

“Kita kena bersatu padu untuk perolehi apa yang telah BN laksanakan sejak memerintah negeri kita. Pemimpin yang dipilih oleh BN adalah pemimpin yang sudah diperiksa kesesuaiannya dan mereka layak menjadi wakil kita.” katanya di hadapan lebih 400 khalayak yang hadir di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Jawa Kongsi 10 semalam.

Syed turut berkata,”Berilah sokongan kita kepada calon BN dan kita kena bersatu padu agar terus menikmati arus pembangunan yang di bawah oleh BN.” katanya lagi.

Melalui program ini calon BN N.55 Balung, Datuk Osman Jamal turut berkesempatan memperkenalkan dirinya bahawa belia bukanlah ahli politik dan berkecimpung di dalam dunia politik selepas berkhidmat dengan kerajaan negeri.

“Saya dicalonkan atas  kepercayaan pemimpin atasan BN dan sokongan Datuk Seri Syed Abas sekali gus beri laluan kepada saya menganti beliau untuk menjadi calon BN bagi kerusi ini.

“Atas kepercayaan Datuk Seri dan pucuk pimpinan parti BN, saya akan berusaha untuk terus menyambung usaha murni BN untuk rakyat Balung kerana inilah tanah airku dengan berpegang kepada parti keramat iaitu UMNO untuk saya terus berbakti kepada negara.” katanya.

Majlis ini turut diselitkan dengan penyerahan sijil penghargaan dan uniform pegawai baru RELA Tawau oleh Datuk Seri Panglima Syed Abas semalam.