19
Rab, Feb

Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Telupid 2018

Sabah
Typography

TELUPID - Jawatankuasa Pertandingan Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Telupid 2018 membuka penyertaan kepada semua mereka yang berminat.

Saringan akhir akan diadakan di Restoran Doji, Kampung Telupid pada jam 9 pagi Mei 11.

Menurut Pengerusi Sugandoi Daerah Telupid Tommy Amir Ketika di temui berkata peserta dikehendaki menyanyikan sebuah lagu Kadazandusun pada peringkat saringan tersebut.

Lima peserta terbaik akan dipilih ke peringkat akhir yang akan bertanding pada sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Telupid pada Mei 13 ini.

Johan akan memenangi wang tunai RM 1500, piala dan sijil, tempat Kedua akan membawa pulang hadiah berjumlah RM 500, piala dan sijil.

Tempat ketiga akan membawa balik wang tunai RM 400, piala dan sijil. Manakala di tempat ke 4 dan 5 masing menerima saguhati RM 300 dan sijil.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pengerusi Sugandoi Tommy Amir (019-2384460), Setiausaha Melton Martin (014-8521888) atau Ahli Jawatankuasa Josue Joseph (019-8630059).

NEW SABAH TIMES