25
Sel, Feb

Najib Tiba Di Sabah

Sabah
Typography

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selamat tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 6.50 petang Ahad.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta jentera parti komponen Barisan Nasional.

Esok, Najib dijadualkan merasmikan bangunan UTC Keningau dan seterusnya menghadiri Majlis Bersama Rakyat di daerah Beaufort dan Kota Marudu.

Turut hadir adalah Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Ketua Umno Bahagian Putatan, Datuk Seri Panglima Yahya Husin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.