18
Isn, Mac

Najib Mulakan Lawatan Kerja Hari Kedua Di Keningau

Sabah
Typography

KENINGAU - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memulakan lawatan kerja hari kedua di Sabah dengan melancarkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Keningau, di sini.

Beliau diiringi Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, juga penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, yang akan mempertahankan kerusinya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kali ini.

 

Najib yang sampai pada jam 9 pagi tadi menghabiskan masa kira-kira sejam bersama rakyat di UTC Keningau sebelum menuju ke Beaufort untuk menemui masyarakat di sana, dan mengakhiri lawatan dengan satu lagi program bersama rakyat di Kota Marudu pada jam 2 petang.

 

Semalam, Perdana Menteri berucap kepada ribuan penduduk setempat dalam satu perhimpunan yang turut dihadiri pemimpin Barisan Nasional (BN) tempatan dan calon PRU-14 di Dewan Hongkod Koisaan di Penampang.