20
Ahd, Sep

42 ETNIK, LEBIH 200 SUB ETNIK DI SABAH AKAN DIWARTAKAN

Sabah
Typography
[caption id="attachment_21848" align="alignright" width="187"]Usaha pemuliharaan dan pembangunan pelbagai budaya negeri Sabah akan lebih fokus dan menepati sasaran. Usaha pemuliharaan dan pembangunan pelbagai budaya negeri Sabah akan lebih fokus dan menepati sasaran, kata Datuk Masidi Manjun.[/caption] KOTA KINABALU – Senarai 42 kumpulan etnik dan lebih 200 sub etnik di Sabah akan diserahkan kepada kerajaan negeri pada 18 Feb ini dalam mesyuarat Kabinet negeri, kata Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun. Beliau berkata, senarai etnik dan sub entik itu akan disahkan oleh kerajaan negeri sebelum dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diwartakan. “Senarai etnik/ sub etnik itu akan menjadi asas penting dan rujukan kepada jabatan-jabatan berkenaan bagi menggantikan kategori suku kaum “Lain-Lain” dalam borang-borang rasmi kerajaan. “Kita cadangkan dalam mesyuarat kabinet, hanya ada satu ruangan bagi suku kaum dalam borang rasmi kerajaan untuk menyatakan atau kategori suku kaum “Lain-Lain”.. soal tidak kenal suku kaum kita, tidak lagi timbul. “Sebelum ini kategori suku kaum “Lain-Lain” ditulis dalam semua borang rasmi kerajaan kerana kita tidak pernah menghantar senarai penuh kaum dan suku kaum yang telah diperakukan untuk rujukan JPN dan jabatan-jabatan berkenaan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penutupan Bengkel Pemurnian Klasfikasi dan Senarai Etnik & Sub Etnik Negeri Sabah, di Ming Garden, di sini, kelmarin. Masidi berkata melalui bengkel yang serupa pada September 2014, beliau mengarahkan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) untuk memurnikan senarai etnil/ sub etnik yang telah digunapakai sejak sekian lama. [caption id="attachment_21852" align="alignleft" width="300"]Kepelbagaian etnik Sabah mencerminkan keharmonian masyarakat Sabah. Gambar Hiasan...Kepelbagaian etnik Sabah mencerminkan keharmonian masyarakat negeri di bawah bayu ini.[/caption] “Senarai itu terhasil berdasarkan kajian yang boleh dipercayai iaitu Kajian Etnik Negeri Sabah pada tahun 2007. Kajian itu telah dibuat oleh LKNS, Jabatan Muzium Sabah, Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri Sabag, Universiti Malaysia Sabah dan Pejabat Peguam Negeri Sabah, “Senarai tersebur juga telah dibentangkan semasa Bengkel Klasfikasi dan Identiti Penduduk Negeri Sabah pada September 2014 untuk mendapatkan maklumbalas dan input daripada semua peserta bengkel,” katanya. Masidi berkata, walaupun rangka kerja mengenai kaum dan suku kaum di negeri ini akan diserahkan kepada cabinet negeri pada 18 Feb ini, namun ia tidak bermakna proses perbincangan mengenai perkara ini terhenti. "Kita mahu perbincangan diteruskan untuk memperhalusi dan menilai semula dapatan daripada resolusi ini dan memastikan tiada satu pun kaum atau suku kaum di Sabah tercicir. “Oleh itu saya menyokong cadangan agar kajian itu dibuat sekali dalam setiap lima tahun untuk memantapkan lagi resolusi yang telah dibuat melalui bengkel ini. Untuk tujuan itu, kajian yang dilakukan oleh LKNS boleh dimanfaatkan sebagai asas penyenaraian,” katanya. Beliau berkata kementeriannya juga dalam usaha mengurus budaya etnik-etnik negeri Sabah dan akan menggunakan sepenuhnya klasfikasi dan senarai etnik/sub etnik yang telah dimurnikan dan dimuktamadkan itu sebagai asas dan garis panduan untuk merangka program-program pengurusan kebudayaan negeri ini. “Dengan adanya ketetapan klasfikasi dan senarai etnik dan sub etnik ini, maka usaha-usaha mengurus budaya etnik-etnik negeri Sabah akan ,ebih berfokus dan menepati sasaran,”katanya. Masidi berkata ini penting bagi memastikan tidak ada satu etnik atau sub etnik yang tercicir dalam hal berkaitan pemgembangan, pemuliharaan dan pemeliharaan budaya di negeri ini. “Saya juga ingin menegaskan bahawa, focus kita ialah pemuliharaan dan pembangunan pelbagai budaya negeri Sabah ke atas yang lebih tinggi dan cemerlang tanpa mengira keturunan, agama dan politik,” katanya. Ehsan: New Sabah Times 14 Feb 2014 (Bahasa Malaysia)
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.