04
Jum, Dis

SUNGAI TAGAL - IKAN JINAK TIDAK BOLEH DITANGKAP.

Sabah
Typography

Tagal atau Bombon SATU RITUAL yang cukup popular di kalangan masyarakat kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia adalah satu ritual suatu upacara ritual yang biasa dilakukan oleh mereka yang mempercayai bahawa hidupan air hendaklah dipelihara dan dijaga selain untuk menjadi sumber makanan. Amalan ritual ini sebenarnya mengajar masyarakat lebih bertanggungjawab serta mematuhi setiap pantang larang yang telah lama diamalkan semas zaman nenek moyang.

“Tagal Sungai Moroli” yang terletak 10 km dari Pekan Ranau dan 131 km dari Kota Kinabalu, Sabah kini terkenal sebagai salah satu destinasi tarikan pelancong dengan menawarkan perkhidmatan ‘Fish Massage’. Krew KLXpress berkesempatan menyingkap keistimewaan adat Tagal sungai yang diamalkan oleh masyarakat Kadazan Dusun di Sabah. [caption id="attachment_22011" align="aligncenter" width="242"]Jeffrin Majangki, Pengerusi Sungai Tagal Moroli, 3 zon sungai tagal perlu diketahui umum bagi elak sogit kepada pengunjung sungai tagal. Jeffrin Majangki, Pengerusi Sungai Tagal Moroli, 3 zon sungai tagal perlu diketahui umum bagi elak sogit kepada pengunjung sungai tagal.[/caption]

En Jeffrin Majangki, Pengerusi Tagal Sungai Moroli di Kg. Luanti Baru berkata suatu ketika dahulu, kawasan ini dipanggil Bombon yang membawa maksud “simpan”. Namun kini lebih dikenali sebagai “Tagal” yang bermaksud ‘tangkap, gambar dan lepas’ yang mana hidupan di dalam sungai ini digger dan tidak boleh ditangkap mahupun dianiaya.

“Sungai Tagal di Sungai Moroli di Kg. Luanti ini telah ditagal sepanjang 3 km dan dibahagikan kepada 3 zon iaitu Zon Merah, Zon Kuning dan Zon Hijau dengan pemahaman yang jelas seperti berikut:-

Zon merah – tidak boleh menangkap ikan sepanjang masa selamanya

Zon kuning – ikan hanya boleh dituai setahun sekali sahaja

Zon hijau – ikan boleh dituai sepanjang tahun, walaubagaimanapun terdapat syarat ketika hendak menuai ikan iaitu tidak dibenarkan menggunakan alat-alat terlarang seperti tuba, renjatan  elektrik, racun dan sebagainya.

Beliau menambah, pada zaman dahulu satu ritual akan dilaksanakan oleh seorang dukun            atau dikenali sebagai “bobolian bagi suku kaum Dusun. Selama tujuh hari ritual ini akan dilakukan oleh bobolian dengan mengorbankan binatang peliharaan sebagai tanda ikatan perjanjian bagi mengelakkan orang ramai menangkap ikan di sungai sebelum sampai masa untuk ‘menuai’ ikan. Pantang larang adalah seperti yang ditetapkan mengikut zon dan perlu dipatuhi apabila memasuki kawasan sungai tagal. [caption id="attachment_22012" align="alignleft" width="300"]Sungai Tagal - kini menjadi salah satu pusat tarikan pelancongan negeri Sabah. Sungai Tagal - kini menjadi salah satu pusat tarikan pelancongan negeri Sabah.[/caption]

Beliau turut menyatakan pada masa kini, selari dengan arus kemodenan, “ sistem tagal ” ini lebih kepada usaha penjagaan ekosistem sungai daripada tercemar dan sebagai khazanah alam yang akan diwarisi oleh generasi akan datang.

Bagi pengunjung yang berpeluang mengunjungi sungai ini, hendaklah berhati-hati ketika bermain-main dengan ikan. Ini kerana sekiranya pengunjung dengan sengaja mencederakan atau menyebabkan kematian ke atas ikan tersebut, pengunjung akan disogit (denda) sama ada seekor lembu atau kerbau yang bernilai RM1500 dan wang tunai RM500.

Krew KLXpress melihat sungai-sungai yang ada  di sekitar penempatan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) khususnya di kawasan Kudat, Ranau, Keningau, Pensiangan dan Beluran telah mempunyai sungai yang ditagal. Justeru, masyarakat atau pelancong  baik di dalam mahupun luar negeri Sabah kena berwaspada dan sentiasa peka keadaaan sekeliling bagi mengelak sogit dan sensitivity masyarakat KDM di Sabah.