25
Rab, Nov

RM11.3 BILION KEPADA PKS SABAH

Sabah
Typography

Kota Kinabalu: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan menerima bantuan dari Kerajaan dengan peruntukan jangkaan sebanyak RM11.3 bilion dalam usaha meningkatkan pembangunan sektor berkenaan. Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Raymond Tan Tsu Kiah menyatakan bantuan berkenaan disediakan untuk kira-kira 500,000 PKS menerusi 163 program bantuan PKS. Program ini terbahagi kepada lima komponen utama iaitu akses kewangan, latihan, inovasi dan teknologi, pemasaran dan juga teknologi. Beliau turut menggesa agar para usahawan PKS mengambil peluang dengan memohon dan menyertai program-program yang disediakan oleh kerajaan. Langkah berkenaan adalah jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan menyalurkan apa jua bantuan dan insentif yang diperlukan oleh usahawan.