20
Ahd, Sep

HARIS TUNTUT SAKSI RCI DIPANGGIL SEMULA : ISU PROJEK IC

Sabah
Typography

Kota Kinabalu: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh menggesa Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing (JTPWA) di Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memanggil semula saksi-saksi Suruhanjaya Siasatan Pendatang Tanpa Izin di Sabah (RCI) yang mendakwa wujud projek IC.

Haris menuntut kebenaran terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh saksi-saksi RCI dengan menunjukkan keterangan lebih jelas disertakan dengan bukti. Beliau mensyorkan cadangan ini melalui surat terbuka yang disampaikannya kepada Pairin pada 17 Mei baru-baru ini. Menjadi persoalan utama kepada Haris bila ‘tuduhan liar’ di kalangan saksi RCI tidak disusuli dengan amalan biasa dalam Suruhanjaya seperti menunjukkan bukti dalam setiap pendakwaan .

Beliau turut menyentuh tindakan pemimpin Sabah mengambil keterangan saksi RCI dan ia cukup bahaya sehingga boleh menakutkan rakyat khususnya di negeri Sabah. Harris berharap agar Pairin dapat membetulkan kenyataan-kenyataan liar bagi menangani persepsi seakan-akan wujud projek IC di Sabah sebagaimana dakwaan beberapa saksi RCI sebelum ini.  

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.