21
Isn, Sep

HOSPITAL DAERAH RANAU PERLUKAN BANTUAN AIR BERSIH

Sabah
Typography

RANAU: Seramai lebih kurang 500 orang pesakit dalam wad serta kakitangan Hospital Pejabat Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak serta Klinik Pergigian daerah Ranau memerlukan bantuan penyaluran air bersih untuk kegunaan harian mereka sejak semalam.

Pegawai Tadbir Hospital, Rodzlan Mahiri ketika dihubungi KLxpress pagi tadi menyatakan keperluan mereka kini lebih mendesak kepada minuman air bersih atau ‘mineral water’.

“Sebaran mesej ringkas bertajuk Derma Mineral Water” yang telah menggunakan aplikasi telefon pintar “Whatsapp” sejak semalam merupakan antara usaha yang dibuat oleh kakitangan Hospital Ranau untuk terus mendapatkan derma ehsan Mineral Water bagi kegunaan pesakit dan petugas hospital serta klinik di Ranau.

“Sejak semalam, kami menerima bekalan air bersih dari Jabatan Air Kota Kinabalu walau bagaimanapun bekalan ini terhad dan tidak tahu sampai bila mereka dapat bekalkan.”katanya.

Rodzlan turut berkata, antara usaha yang turut dilakukan oleh kakitangan hospital dengan menyimpan air hujan dalam tangki sebanyak yang boleh untuk kegunaan harian pesakit dan kakitangan sedia ada.

Jabatan Air Ranau telah menghentikan penyaluran air bersih di seluruh daerah Ranau sejak semalam ekoran kualiti air terjejas  akibat kuantiti lumpur yang banyak  dan dijangka penutupan ini akan berlanjutan selama tiga minggu mulai semalam.

Sebarang derma Mineral Water yang ingin disalurkan kepada pesakit dan petugas Hospital serta Klinik di daerah Ranau bolehlah menghubungi terus Pengarah Hospital Ranau, Dr. Clarence  (012-2803358) atau  Rodzlan Mahiri, Pegawai Tadbir Hospital (013-8697233). Bantuan anda akan dapat meringankan beban yang dihadapi mereka selepas gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun lalu.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.