29
Ahd, Nov

Semua Pihak Bertanggungjawab Jaga Kedaulatan Negara - Musa

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Semua pihak perlu terus berganding bahu selain bekerjasama untuk menjaga keamanan dan kesejahteraan negara serta mempertahankannya daripada sebarang ancaman.

Demikian ditegaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang turut mengingatkan bahawa memelihara keamanan dan kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama yang meliputi pasukan keselamatan, penguat kuasa undang-undang, pemimpin dan rakyat.

“Kita sedar, tanpa pengorbanan dan kesetiaan pasukan keselamatan, sudah tentu negara tidak dapat menikmati keamanan dan kesejahteraan.

“Oleh itu, kita perlu bersama menjaga dan mempertahankannya. Ini tugas bersama, tak kira pasukan keselamatan atau pemimpin atau rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Tanggungjawab bersama dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara - Hajiji Mohd Noor

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena majlis penyerahan kuih-muih hari raya Aidilfitri kepada anggota pasukan keselamatan di Menara Tun Mustapha dekat sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor.

Yang turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Awang Sahari EM Nadzeer; Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun; Panglima Wilayah Laut 2, Laksamana Muda Datuk Khairul Anuar Yahya serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Nordin Pauzi.

Musa memberitahu, sebagai kerajaan dan rakyat yang prihatin serta sentiasa mengenang budi, pengorbanan pasukan keselamatan akan terus dihargai dan diingati.

“Antaranya, menerusi sumbangan kuih-muih dan sebarang bentuk penghargaan termasuk ucapan selamat, doa dan terima kasih kepada mereka. Kerajaan negeri dan seluruh rakyat sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua warga pasukan keselamatan dan keluarga masing-masing.

“Kepada mereka, teruska ber¬khidmat dan berbakti dengan penuh komited, dedikasi dan setia demi menjaga kedaulatan, ke¬selamatan dan kesejahteraan rak¬yat serta negara yang tercinta,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada para pegawai dan anggota keselamatan, agensi penyelamat dan bantuan, pusat operasi bencana, agensi perubatan dan semua pihak yang terlibat dalam misi bantuan bencana gempa bumi di Ranau baru-baru ini. - Utusan Online

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.