26
Isn, Okt

Banjir Lumpur Kembali Melanda Kundasang

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Kejadian angin kencang dan hujan lebat yang melanda Negara sejak akhir-akhir ini turut menyebabkan penduduk dari Kampung Mesilao, Kundasang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di balai raya KO Sinar (Desa Cattle) dalam kejadian terbaharu banjir lumpur, pada awal pagi Ahad.

Ketua Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd Affendi K Ramin berkata ke semua mangsa dipindahkan setelah rumah mereka dilanda banjir lumpur dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi Ahad.

"Pasukan bomba sedang melakukan pemantauan di lokasi kejadian dan mengarahkan penduduk Kampung Mesilao untuk berpindah ke pusat perlindungan itu sementara menunggu banjir dan paras air sungai kembali normal," Katanya. Beliau turut menyatakan maklumat terkini banjir berkenaan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

 Sementara itu, Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin berkata pusat pemindahan telah dibuka di Biro Tatanegara (BTN) Kundasang tengah hari ini bagi menempatkan kesemua mangsa banjir lumpur itu. Kesemua mangsa banjir kini dalam proses berpindah ke pusat pemindahan itu dari Desa Cattle.

Normal 0 false false false EN-US JA X-NONE /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0cm 5.4pt 0cm 5.4pt; mso-para-margin:0cm; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:Cambria; mso-ascii-font-family:Cambria; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-hansi-font-family:Cambria; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-ansi-language:EN-US;}

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.