03
Kha, Dis

Kota Belud Hadapi Krisis Air Sekali Lagi

Sabah
Typography

KOTA BELUD: Penduduk daerah ini sekali lagi berhadapan krisis air apabila sungai yang menjadi sumber air bersih dilanda banjir lumpur sabtu lepas.

Kejadian banjir lumpur ekoran hujan lebat telah mengakibatkan air sungai yang sebelum ini menjadi punca bekalan air bersih bagi beberapa kampung disekitarnya  kini menghadapi krisis air bersih menjadi semakin teruk.

Timbalan Presiden Majlis Sabah (MBS) Azwan Norjan berkata, misi belia prihatin telah digerakkan untuk memberi bantuan kepada penduduk yang tidak mendapat bekalan air bersih. MBS turut mengagih-agihkan bantuan bekalan air bersih di beberapa kampung yang dilawati.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban yang dihadapi….ini adalah dugaan yang kita hadapi secara bersama,” Katanya.

Pihaknya menjangkakan krisis air ini berlarutan dan bantuan bekalan air bersih sangat diperlukan untuk kegunaan seharian. Beliau turut mengalu-alukan orang ramai atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama memberi bantuan kepada penduduk yang memerlukan.

“Keprihatinan rakyat Sabah amat diperlukan dalam menghadapi kekurangan air di mana loji air masih belum pulih. Sokongan rakyat amat dialu-alukan,” katanya.