03
Kha, Dis

RM94.8 Juta Nilai Kerosakan Akibat Gempa Bumi

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun lepas telah mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan aset awam  bernilai hampir RM94.8 juta, kata Menteri Tugas-Tigas Khas Sabah, Datuk Teo Chee Kang.

Beliau berkata jumlah nilai kerosakan ini ditaksirkan bersandar kepada laporan yang diterima daripada Jabatan Kerja Raya Sabah yang  meliputi kerosakan 61 bangunan termasuk masjid, sekolah, hospitak dan ibu pejabat polis daerah Ranau.

"Kerosakan ini turut melibatkan 22 batang jalan raya (tiga jalan Persekutuan dan 19 jalan Negeri), sebuah jambatan dan sebanyak 22 cerun (tiga cerun Persekutuan dan 19 cerun Negeri.

"Kesemua kerosakan adalah di daerah terbabit gempa, termasuk Ranau dan Kota Belud,"katanya yang mewakili Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri ketika menjawab soalan Datuk Seri Wilfred M. Bumburing (PKR- Tamparuli) pada persidangan Dewan Undangan Negeri semalam.

Teo turut memaklumkan sebanyak 14 buah rumah tidak selamat didiami  di daerah Kota Beluda dan Ranau.

"Selain jumlah 136 rumah di Kota Belud dan 268 rumah di Ranau mengalami kerosakan di Ranau mengalami kerosakan kecil dan sederhana. Justeru kerajaan akan menetapkan satu kadar yang wajar untuk bantuan rumah mengikut tahap kerosakan yang disahkan oleh Pegawai Daerah,"katanya.

Sehubungan itu, Kerajaan Persekutuan dan Negeri sedang merangka satu pelan komprehensif bagi menyedarkan peri pentingnya pengetahuan mengenai gempa bumi.

Teo turut memaklumkan kepada sidang dewan bahawa pelan ini merangkumi pemantauan berterusan agensi berkaitan, mengambil kira faktor gempa bumi dalam menyediakan setiap projek pembangunan dan pelan pembangunan, serta mensyaratkan perlindungan insuran kepada malim gunung Kinabalu di samping mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap gemba bumi.