26
Isn, Okt

Pemain Skuad Badak Rozaimi, Stabil Selepas Kemalangan

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Pemain bola sepak negara Rozaimi Abdul Rahman, 23, kini stabil dan tiada kecederaan serius selepas terlibat dengan kemalangan di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran, kira-kira jam 1 petang semalam.

Abdul Rahman Latip, 54, ayah Rozaimi turut memaklumkan anaknya kini telah dipindahkan ke Hospital Pakar KPJ, Kota Kinabalu.

"Dia cuma menerima jahitan di bahagian kepala dan terseliuh di bahu."katanya.

Kemalangan ini telah mengorbankan anak saudara Rozaimi merupakan bekas pemain remaja Sabah bawah 19 tahun yang mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan kaki.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, kedua-dua mangsa dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dari arah Inanam melalui Jalan Tuaran.

"Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Akibatnya, kereta terbabit melanggar sebatang pokok dan tiang telefon sebelum merempuh tembok rumah di kawasan berkenaan."katanya.

Chandra turut berkata, siasatan awal mendapatu kemalangan berkenaan berpunca dari kecuaian pemandu yang disyaki memandu dengan laju.

Kes berkenaan jelasnya akan disiasat mengkut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.