26
Isn, Okt

7 Perkara Utama Dalam Pelan Tindakan Gempa Bumi

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam pada masa hadapan, satu pelan komprehensif akan dirangka oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Datuk Teo Chee Kang, Menteri Tugas-Tugas Khas, berkata pelan tindakan ini akan merangkumi tujuh perkara iaitu mempertingkatkan kesedaran rakyat terhadap bencana gempa bumi, pemantauan berterusan oleh agensi berkaitan, mempertingkatkan peranan pemimpin akar umbi apabila berlakunya gempa bumi dan mengambik kira faktor gempa bumi dalam penyediaan setiap projek pembangunan dan pelan pembangunan.

"Selain itu, langkah lain ialah mengawal aktiviti pertanian serta mengawal penerokaan tanah-tanah bari di kawasan tanah tinggim mensyaratkan pelindungan insuran kepada Malim Gunung dan para pendaki Gunung Kinabalu dan menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa bencana alam."katanya.

Teo turut menegaskan agar kejadian gempa bumi ini tidak harus dipolitikkan oleh sesetangah pihak bagi meraih kepentingan politik atas kesengsaraan dan penderitaan rakyat dengan menuding jari serta mempersalahkan pihak tertentu.

"Gempa bumi berlaku pada 5 Jun lepas telah menyatupadukan rakyat dengan memilih semangat muhibah melalui bentuk-bentuk sumbangan yang diberikan baik dari segi kemahiran, tenaga mahupun wang ringgit kepada mangsa serta penduduk yang merasai gempa khususnya di daerah Ranau.

'Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan untuk memberikan anugerah kepada mereka yang memberi banyak sumbangan terutamanya mereka yang mengambil risiko tinggi semata-mata untuk membantu mangsa." katanya semasa di sidang Dun semalam.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.