27
Sel, Okt

Mangsa Gempa Bumi Bakal Perolehi Rumah PPR

Sabah
Typography

Kota Kinabalu: Cadangan untuk memberi keutamaan kepada mangsa gempa bumi rumah di bawah Skim Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Haji Noor berkata, pertimbangan ini akan diberi keutamaan kepada mangsa gempa bumi.

"Kita akan pertimbangkan dan beri keutamaan kepada mangsa gempa bumi," katanya semasa menjawab soalan tamabahan dari  Jeremmy Malajad (Kadamaian- Bebas) pada sidang DUN semalam.

Jeremmy mengutarakan soalan kepada kerajaan sama ada boleh  mempertimbangkan untuk pemberian rumah PPR kepada mangsa gempa bumi di Kota Belud, di mana 11 buah rumah khususnya di dalam kawasan Dun Kedamaian disahkan tidak selamat untuk didiami.

Terdahulu, Jeremmy turut bertanya kepada Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Mohd Edris apakah pra syarat serta kelayakan bagi rakyat mendapatkan rumah di bawah Skim PPR.

"Antara syarat dan kelayakan untuk menduduki skim rumah PPR status sewa, mereke semestinya setinggan tempatan,warganegara Malaysia, ibu tunggal, ketua isi rumah berpendapatan rendah dan tidak mempunyai rumah, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan mangsa bencana alam." katanya Datuk Zakaria bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB Kedamaian semalam di sidang DUN.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.