29
Ahd, Nov

Rumpai Miang Mexico Ancaman Baharu Di Sabah

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah memaklumkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah semalam bahawa enam daerah di negeri ini telah dikenal pasti ditumbuhi rumpai miang Mexico yang berbahaya di 16 lokasi yang meliputi kawasan-kawasan kecil.

Enam daerah yang terlibat ialah Ranau, Keningau, Tenom, Tuaran, Sipitang dan Kota Marudu.

Menterinya, Datuk Seri Yahya Hussin berkata rumpai ini disenaraikan dalam 10 teratas perosak asing berbahaya dalam Pelan Tindakan Kebangsaan Pengurusan Spesies Asing Berbahaya kerana tumbuhan itu memberi kesan berbahaya pada persekitaran, ekonomi dan kesihatan manusia serta haiwan.

"Pemantauan telah dilakukan oleh jabatan pertanian dan mendapati rumpai ini tidak merebak ke seluruh negeri," katanya semasa menjawab soalan Datuk Ahmad Bujang (Sindumin -BN).

Yahya turut menambah bahawa kementeriannya menerusi Jabatan Pertanian akan menangani masalah tumbuhan itu secara profesional dan pantas melalui pelaksanaan strategi pengawlaan jangka pendek dan panjang.

"Satu pasukan iaitu Jawatankuasa Pengawasan dan Pengawalan Perosak telah ditubuhkan di sampaing mengaktifkan bilik gerakan di peringkat ibu pejabat Jabatan Pertanian.

"Strategi jangka panjang akan melibatkan program pembangunan dan penyelidikan (R&D) mengenai rumpai itu dan seterusnya menentukan kaedah pengawalan yang berkesan,"katanya.

Rumpai Miang Mexico adalah sejenis tumbuhan liar yang berasal dari beberapa buah negara di Amerika Selatan dan Utara sebelum ia tersebar di Asia, Afrika dan Australia

Rumpai ini dikatakan berbahaya kerana mempunyai bahan kima bermula dari batang, batang akar, daun dan debunga dengan kandungan kimianya ialah parthenin, hymenin dan ambrosin yang memberi kesan ke atas kesihatan manusia.

Tanda-tanda seseorang yang telah terdedah dengan rumpai itu dengan menunjukkan alahan seperti ruam kulitm kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata bengkak dan allergik rhinitis serta gangguan pada sistem pernafasan seperti selesema dan asma.

 

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.