03
Kha, Dis

Syed Abas Angkat Sumpah Jawatan Speaker DUN Sabah

Sabah
Typography

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Datuk Haji Syed Abas Syed Ali menerima surat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu.

 

Beliau merupakan Speaker DUN Kesembilan menggantikan Senator Datuk Seri Panglima Dr Haji Mohd Salleh Tun Said Keruak yang dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Majlis Angkat Sumpah berkenaan di Istana Negeri Sabah di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin dan Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni.

Beliau turut menandatangani surat terima pelantikan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Ravinthran N. Paramguru.

Hadir sama, Menteri-menteri Kabinet Negeri, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Hajah Mariati Robert dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman.

 

Sumber – Utusan Borneo