03
Kha, Dis

Hak Pengguna Perlu Dipertahan : Severinus

Sabah
Typography

KENINGAU – Pengguna di negeri ini digesa untuk mempertahankan hak-hak mereka sebagai pengguna demi perlindungan terhadap penipuan dan manipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gesaan ini disuarakan oleh Encik Severinus Tukah, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan Negeri Sabah (KPDNKK) semasa sesi ‘Sembang-Sembang Kepengunaan’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Hal Ehwal Dan Pelindung Pengguna Sabah (CAPS) dengan Kerjasama KPDNKK Sabah di Kampung Riting, Apin-Apin, Keningau baru-baru ini.

“Pengguna perlu mempertahankan hak-hak mereka kerana ianya merupakan perisai yang boleh memperjuangkan masyarakat pengguna dalam menntut keadilan,” katanya.

“Justeru, pengguna harus mengetahui apakah hak-hak pengguna yang sedia ada bagi membolehkan mereka dilindungi,” tambahnya.

Menurut Severinus, masyarakat pengguna sering kali menjadi mangsa penipuan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika kerana pengguna itu sendiri yang tidak tahu akan hak-hak mereka.

Taklimat tentang Hak-Hak Pengguna disampaikan oleh encik James Bagah selaku Presiden CAPS yang juga merupakan Ahli Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN) di mana beliau menghuraikan lapan komponen utama yang menjadi asas kepada Hak-Hak Pengguna.

 

Sumber – Harian Ekspres