03
Kha, Dis

LABAN RATA Boleh Dikunjungi dan Bermalam Mulai 1 September

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Pendaki akan mempunyai pilihan untuk bermalam di Laban Rata yang terletak di paras 11,000 kaki apabila laluan mendaki Gunung Kinabalu dibuka semula pada 1 September.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun pada Rabu berkata keputusan itu dicapai susulan syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal pada 11 Ogos.

Katanya, bilangan akan dihadkan kepada 100 pendaki sehari, hampir separuh daripada had dibenarkan sebelum ini.

Masidi jug berkata satu tarikh sasaran untuk membuka laluan sehingga puncak ditetapkan pada 1 Disember, untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dan penaiktarafan sementara itu.

"Taman-Taman Sabah akan menjalankan kajian geoteknikal bagi menentukan laluan paling sesuai dan selamat untuk naik dan selepas itu melaksanakannya," katanya, disini.

Beliau berkata, kebanyakan peruntukan RM10 juta yang kerajaan Persekutuan berikan untuk membaiki gunung itu akan digunakan untuk bahagian itu, menambah laluan tersebut rosak teruk semasa gempa bumi 5 Jun,

Pada 8 Ogos, Masidi berkata pakar-pakar dari Kanada dan Jepun yang dikatakan mahir dengan tebatan gempa bumi dan aktiviti mendaku unung sedang membantu Taman-Taman Sabah dengan syor kerja-kerja pembaikan, menambah dua syarikat juga membantu dalam usaha itu.

Laban Rata merupakan hentian terakhir bagi pendaki untuk berehat sebelum naik ke puncak gunung, di mana had masa kii ditetapkan pada pukul 2 petang untuk pendaki sampai kehentian tersebut.

Satu gempa bumi bermagnitud 5.9 menyebabkan runtuhan bongkah dan batu pada 5 Jun, memusnahkan sebahagian laluan dan membunuh 18 orang termasuk 10 rakyat Singapura - tujuh murid dan dua guru dari Sekolah Rendah Tanjong Katong, serta pemandu kembara yang menyertai mereka dalam perjalanan itu.

Sejak Tapa Warisan Dunia itu ditutup, malim gunung kehilangan pekerjaan dan cuba mencari nafkah dalam pekerjaan lain seperti bertani.

Kira-kira 250 malim gunung mendapat sekitar RM150 hingga RM170 bagi setiap perjalanan, membawa tetamu mereka mendaki gunung itu untuk tempoh dua hari, satu malam.

Mereka biasanya membuat satu atau dua pendakian setiap minggu.

Tetapi Presiden Persatuan Malim GUnung, Richard Soibi ragu mereka akan memperoleh pendapatan sama selepas ini.

Sumber : Harian Ekspress