03
Kha, Dis

China Ramal Bencana Alam Melalui Perlakuan Haiwan : Pairin

Sabah
Typography

KUNDASANG: Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menegaskan, Malaysia mesti contohi China dalam menggunakan sebarang kaedah yang diketahui untuk menyediakan negara dengan lebih baik untuk menghadapi sebarang bencana alam yang datang.

"Kita di sini lebih peka kepada tingkah laku haiwan, sama ada burung, ikan atau haiawan lain. Kita sudah lama membiasakan diri untuk membaca kelakuan haiawan dalam meramal perkara yang akan berlaku.

"Tentu ada pihak tertentu yang tidak mahu ada sebarang kaitan dengan amalam seperti itu dengan mendakwa, kaedah tersebut tidak mempunyai dasar saintifik dan kelihatan seperti kepercayaan purba dan donggeng.

"Tetapi hari ini, malah negara China mula mempertimbangkan kaedah sedemikian dalam mengenal pasti tanda-tanda bencana alam menjelang. Jadi kenapa ia dianggap tidak munasabah untuk kita mengambil alternatif seperti itu?" katanya.

Pairin menyatakan, jika China berani mengguna pakai kaedah pemerhatian kelakuan haiwan sebagai petunjuk saintifik dalam meramal sebarang pergerakan tanah atau gegaran akan bakal berlaku, maka ia bermakna adanya sebab kukuh untuk Malaysia berbuat demikian.

Sehubungan itu, beliau juga menegaskan bahawa semua agensi dan jabatan berkenaan mesti menumpukan semua kepakaran, usaha dan alat saintifik mereka untuk mencari cara lebih baik untuk menyediakan penduduk di sini bagi sebarang gempa bumi yang datang.

Sementara itu, Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur berkata, jabatan-jabatan di bawah kementeriannya akan didorong dalam usaha mencari sumber air bersih untuk menampung keperluan penduduk di Kundasang dan Ranau.

Sumber: Harian Ekspress