03
Kha, Dis

Jambatan Bailey Di Sg Mesilau Beri Manfaat Kepada Lebih 5,000 Penduduk

Sabah
Typography

KUNDASANG: Penyiapan jambatan Bailey di sungai Mesilou Satu (Kelab Golf Mesilou), kira-kira 4 kilopeter dari pekan Kundasangm akan memberi manfaat kepada lebih 5,000 penduduk.

Mereka terdiri para pengusaha tanah pertanian kebun sayur-sayuran tanah tinggi Montoki dan pengusaha pusat-pusat pelancaongan (inap desa) di kawasan Mesilou dan Kundasang serta warga Pusat Latihan Islam (PLI) Kundasang.

Jambatan Bailey yang menelan kos jutaan ringgit itu mula dibina pada 11 Julai dan siap 31 Julai lalu, dan kini boleh dilalui untuk semua jenis kenderaan ringan.

Jabatan Bailey adalah sebagai pengganti jambatan lama yang rosak teruk akibat banjir lumpur yang melanda beberapa kawasan berkenaan selang beberapa hari kejadian gempa bumi yang berlaku 5 Jun lepas.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguan Infrastruktur, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan ketika ditemui selepas menyempurnakan perasmian jambatan itu memuji komitmen pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana berjaya membina jambatan itu dalam masa yang singkat.

Jambatan itu katanya, meskipun bersifat sementara, namun cukup memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Mesilou, Montoki dan Kundasang yang mengusahakan kawasan pertanian.

Menurutnya, kerajaan negeri dan Persekutuan serius membantu penduduk yang terjejas akibat gempa bumi dan juga banjir lumpur, yang telah menjejaskan pendapatan ribuan petani di kawasan Mesilou dan Kundasang.

"Jabatan Bailey yang berukuran 190 kaki panjang dengan ketinggian 40 kaki ini adalah sebagai alternatif sementara sehingga mendapat peruntukan daripada kerajaan Pusat bagi membina jambatan kekal berbentuk konkrit yang agak tahan lama.

"Kita ada dua lagi jambatan lain akan dibina di Mesilou ini, yang menghubungkan Kampung Mesilou dan Mesilou Nature Resort.

"Permohonan untuk mendapatkan peruntukan akan kita ajukan kepada kerajaan Pusat untuk pertimbangan dan  pembinaannya akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11." katanya.

Ketibaan Pairin di majlis perasmian itu telah disambut mesra oleh para pegawai kanan JKR dan diberikan taklimay oleh Pengarah JKR Negeri Sabah, Haji Amirullah Kamal, manakala turut hadir ialah Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga ADUN Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam bersama Penolong Pegawai Daerah Ranau Mohd Yassin Ibrahim.

Terdahulu, Joachim ketika ditemui turut memuji kejayaan pihak JKR menyiapkan Jambatan Bailey bagi menggantikan jambatan lama yang rosak dihanyut banjir lumpur.

Beliau menyarankan pihak JKR atau agensi berkaitan supaya sentiasa membuat pemantauan terhadap kerosakan jalan raya termasuk sistem perparitan sepanjang jalan raya menuju ke Kg. Mesilou.

"Saya juga mencadangkan kepada JKR agar membina benteng penghadang hakisan runtuh sepanjang tebing sungai berhampiran Kg Mesilou bagi mengikis perasaan takut serta kerisauan penduduk,"katanya.

 Sumber: Borneo Post