30
Isn, Mac

JPAM Sabah Sedia Peralatan Keselamatan Lalui Jambatan Gantung Rosak

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Sabah tampil memberi bantuan kepada kira-kira 250 penduduk Kampung Botung Narinang di Kota Belud untuk melalui jambatan gantung sepanjang 228 meter yang rosak akibat banjir lumpur pada Jumaat lepas.

Pengarahnya Kolonel Mulliadu Al-Hamdi Ladin berkata jambatan gantung itu masih digunakan penduduk kampung berkenaan sebagai laluan utama memandangkan hanya itu sehaja laluan keluar masuk paling dekat.

"Bagaimanapun, khuatir akan keselamatan penduduk kampung menyeberangi sungai menggunakan jambatan gantung itu, JPAM Sabah membantu melalui jambatan gantung berkenaan lengkap dengan alat keselamatan perlindungan diri,"katanya.

"Pihak kami juga sentiasa memantau keadaan di kampung tersebut kerana khuatir dengan status paras air sungai sentiasa berubah (pasang surut tanpa diduga) dan berbahaya buat penduduk yang masih melalui sungai itu,"katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Mulliadi berkata pihaknya akan sedaya upaya meninjau sekali gus memberi bantuan kepada penduduk kampung tersebut dengan kerjasama erat daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Angkatan Tentera Malaysia.

Sumber- New Sabah Times