30
Isn, Mac

Jangan Buat Fitnah : Salleh

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Tidak salah jika berbeza pendapat tetapi jangan buat fitnah serta tuduhan yang tidaj berasas. Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Tun Said berkata, fitnah boleh membawa negara terjerumus dalam keadaan politik yang tidak menentu.

Menurutnya, rakyat mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan sesuatu pendapat dan idea.

Namun katanya, dalam keadaan sekarang, rakyat memberi mandat kepada kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagaimana yang dijanjikan.

"Negara kita mengamalkan sistem demokrasi dan rakyat mempunyai pilihan untuk membuat penilaian sama ada memilih parti yang memerintah atau parti lain.

"Kalau tidak berpuas hati, kita ada hak semasa pilihan raya umum (PRU). Justeru, ia terserah kepada parti untuk meyakinkan rakyat dengan membuat yang terbaik,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) semalam.

Salleh berkata, Barisan Nasional (BN) bukannya parti yang terbaik di dunia dan mungkin ada permasalahannya.

Pada masa sama katanya, parti lain juga mempunyai prestasi yang lebih teruk. Sehubungan itu katanya, rakyat jang mudah percaya dengan setiap maklumat yang diterima.

"Kita tidak perlu berpolitik setiap hari kerana perlembagaan menetapkan sekali dalam lima tahun kita akan mengadakan PRU.

"Kita tidak galakkan rakyat mempunyai budaya saling mengutuk antara satu sama lain.

"Kita tidak bersetuju dengan pandangan orang lain, ia bukannya satu masalah. tetapi janglah sampai saling mengutuk kerana ia akan menimbulkan masalah,"jelasnya.

Menurutnya, semua pihak perlu saling menghormati walaupun berbeza pandangan dan jika diamalkan, tentunya tidak ada permasalahannya.

Beliau berkata, sekiranya Malaysia kacau bilai dan rakyat saling bergaduh, ia bukannya mambawa keuntungan tetapi kerugian.

Justeru, Salleh mahu rakyat di negara ini saling menghormati antara satu sama lain walau berbeza pendapat.

Sumber - Borneo Post.