08
Rab, Apr

Istilah ‘Barian Sampai Mati’ Tidak Wujud

Sabah
Typography

TENOM – Ketua-Ketua Adat suku kaum Murut wajar memberi penerangan kepada masyarakat khususnya golongan muda mengenai adat istiadat perkahwinan kaum itu. Langkah itu penting bagi menghapuskan persepsi orang lain yang melabelkan adat istiadat perkahwinan suku Murut sebagai ‘barian sampai mati’.

Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS) Datuk Rubin Balang berkata, fakta ini perlu diperbetulkan kerana tiada istilah ‘barian sampai mati’ dalam perkahwinan suku Murut.

“Sebenarnya sistem hantaran barian dalam perkahwinan suku Murut mempunyai had mengikut persetujuan kedua-dua pihak. Jika had barian itu tidak boleh dibayar sekali gus ia akan dibayar secara ansuran dan jika had yang ditetapkan selasai maka pemberian barian sudah selasai,” katanya ketika berucap merasmikan Pesta Kalimaran Peringkat Daerah Kecil Kemabong di Dewan Sri Ontoros Kemabong di sini semalam.

Dalam ucapannya, Rubin turut menggesa agar kaum Murut bersatu padu dan senada dalam menyuarakan apa juga pandangan yang berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan pendidikan.

Sumber – SayangSabah