30
Isn, Mac

Kapal DiRaja Jebat Jadi Platform Majlis Resepsi Eksesais CARAT

Sabah
Typography

SANDAKAN: Sempena eksais bilateral yang diadakan setiap tahun antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat, kapal diraja Jebat telah dijadikan platform dalam Majlis Resepsi Eksesais Cooperation Afloat Readiness Training (CARAT) 2015 pada 17 Ogos lepas.

Ia merupakan pertama kali pada tahun ini eksais diadakan di Sandakan, dan majlis resepsi ini dihoskan oleh Markas Angkatan Bersama ATM danKD JEBAT yang dipilih sebagai platform untuk menjayakan majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 7 petang telah dihadiri Mejar Jeneral Dato’ Kamarulzaman Othman merangkap Asisten Ketua Staf Markas Angkatan Bersama sebagai hos majlis resepsi.

Diantara tetamu yang hadir pada majlis itu, Rear Admiral Charles William USN merupakan Komander Gugus Tugas 73 (CTF 73), Capt H.B. Lee Timbalan Komander Skuadron Destroyer ke-7 dan Komander Pangkalan Sandakan iaitu Laksamana Pertama Dato’ Ahmad Abdullah. Tetamu-tetamu yang turut hadir bagi memeriahkan majlis ini adalah Ketua Polis Sandakan, Pegawai Memerintah Pasukan Polis Marin Sandakan, Pegawai Memerintah KD SRI Sandakan dan wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta wakil Majlis Perbandaran Sandakan (MP).

Para tetamu disambut Pegawai Memerintah KD JEBAT iaitu Kept Mohd Kindil Md Akim TLDM bersama Pegawai Memerintah KD KEDAH iaitu Komander Abdul Halim Mohamad.

Majlis juga turut diserikan dengan iringan lagu daripada Red Aqoustic Band daripada 5 Kompeni Kor Polis Tentera Darat yang diketuai oleh Mejar Nizar.

Selaku tuan rumah bagi Eksesais CARAT pada tahun ini, Mejar Jeneral Dato’ Kamarulzaman menyatakan bahawa beliau amat berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak dalam menjayakan eksesais tersebut.

Beliau jua menyatakan bahawa majlis seperti ini adalah merupakan platform bagi pegawai dan anggota tentera untuk kedua-dua buah negara berkongsi pengalaman dan pendapat disamping berkenalan antara satu sama lain. Beliau juga menggalakkan agar warga Tentera Laut Amerika Syarikat untuk meninjau tempat-tempat yang menarik di bandar Sandakan ini.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama Mejar Jeneral Dato’ Kamarulzaman dan tetamu-tetamu jemputan yang lain.

KD JEBAT, KD KEDAH, USS FORTH WORTH dan USS GERMANTOWNyang terlibat di dalam eksesais ini akan belayar pada 19 Ogos bagi melaksanakan latihan.

New Sabah Times