03
Kha, Dis

Jelajah Remaja Maju Tenis Malaysia Ke-12, 2015 di Sabah

Sabah
Typography

KOTA KINABALU – Persaingan Jelajah Remaja Maju Tenis Ke-2, 2015 bermula dengan rancak di sini pagi kelmarin.

Kejohanan untuk siri ke-7 itu berlangsung di dua pusat tenis berasingan iaitu di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas dan Sutera Harbour Resort hingga Ahad ini.

“Kejohanan kali ini Berjaya menarik lebih 120 penyertaan dari seluruh Negara. Ianya merupakan peluang keemasan untuk para pemain dari Semenanjung Malaysia mahupun Sabah.

“Untuk pemain-pemain Sabah, ini merupakan peluang untuk mengukur kemampuan mereka dan dalam masa yang sama melihat tahap pemain-pemain handalan remaja kebangsaan.

“Untuk pemain-pemain dari Semenanjung (Malaysia) pula, mereka boleh melihat keindahan, pemandangan di negeri ini,” jelas Presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson Koh.

Beliau berkata demikian semasa melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBBS) Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di Wisma Muis, Sembulan pada Rabu untuk memaklumkan mengenai penganjuran kejohanan itu.

Tawfiq bersetuju untuk menyempurnakan Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung pada Ahad bermula 2.30 petang.

Siri kejohanan itu adalah satu dari lapan siri kejohanan negeri yang diadakan pada tahun ini termasuk enam kejohanan yang telah berlangsung masing-masing di Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Johor, Pulau Pinang dan Selangor.

Selepas kejohanan di Sabah, siri terakhir dijadualkan berlangsung di Terengganu bermula 19-22 September depan.

Kejohanan empat hari ini melibatkan persaingan empat peringkat umur iaitu 10, 12, 14 dan 16 tahun ke bawah untuk kategori lelaki dan perempuan.

Selain mendapat tajaan utama dari Kumpulan MAJU, siri jelajah itu juga mendapat tajaan dari Mamee, Petron, Suria FM, Air Asia selaku penerbangan rasmi dan Wilson selaku bola rasmi kejohanan.

Utusan Borneo.