03
Kha, Dis

Kuasa Autonomi Kepada Sabah dan Sarawak Bukan Janji Kosong Persekutuan: Salleh

Sabah
Typography

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan komited dalam memenuhi janjinya untuk memberikan lebih banyak kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak, pada Jumaat berkata bahawa tawaran pemerkasaan ke[ada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Malaysia Timur bukan berdasarkan janji kosong.

"Isu-isu yang kita hadapi di Sabah sangat berbeza dengan yang ada di semenanjung, justeru, keutamaan juga berbeza," katanya, sambil menambah bahawa, bagaimanapun, mereka akan merujuk perkara itu dan menimbang pandangan pemimpin-pemimpin tempatan.

Salleh berkata demikain pada majlis keseyukuran anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah di KOmpleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah, di sini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan bulan Merdeka dan kempen kibarkan jalur gemilang di PAdang Merdeka di Sarawak membuat pengumuman untuk memberi lebih kuasa autonomi kepada Sabah dan Sarawak.

"Terdapat terlalu banyak pertindihan (dalam kerja dan proses membuat keputusan dalam kerajaan negeri dan persekutuan).

"Saya akan beri pemerkasaan kepada Sabah dan Sarawak," katanya.

Najib juga dilaporkan telah mengarahkan Ketua Setiausaha Tan Sri Ali Hamsa untuk membincangkan butiran autonomi dengan setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri kedua-dua negeri di Borneo itu, termasuk memperkemas pentadbiran.

Dalam perkembangan berkaitan, Salleh berkata keptusan kerajaan dalam meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 adalah untuk memastikan tiada pihak boleh menyebarkan berita atau kenyataan palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

Menurutnya, kekangan dan pendaftaran berita atas talian adalah pentung untuk membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia memantau semua berita yang dikeluarkan.

Kekangan itu, jelasnya, juga wujud di negara-negara mahu seperti United Kingdom.

"Di UK, aplikasi WhatsApp dipantau dan dikawal sementara potral berita atas talian di Singapura mesti didaftarkan,"katanya.

Dari segi penyampaian maklumat dan dasar kerajaan, katanya, Kementerian akan memperkenalkan pendekatan-pendekatan baharu untuk menjelaskannya kepada rakyat.

"Penyampaian maklumat di kawasan itu, adalah penting untuk kita memperkenalkan pendekatan-pendekatan baharu yang berkesan dalam menyampaikan maklumat.

"Adalah penting bagi orang awam memahami mesej-mesej serta maklumat kerana ada pihak tertentu yang akan memberi maklumat tidak tepat melalui media sosial,"katanya.

Salleh juga berkata tunjuk perasaan bukan penyelesaian terbaik untuk menyuarakan isu-isu kerana ia boleg menjejaskan kestabilan negara.

Tunjuk perasaan di jalanan bukan sebahagian daripada budaya kita dan tidak harus diamalkan oleh rakyat di negara ini untuk menyuarakan pandangan, katanya.

Harian Ekspress