03
Kha, Dis

Kertas Laporan Masalah Air di Kota Belud Ke Kabinet Minggu Hadapan : Ongkili

Sabah
Typography

KOTA BELUD - Menteri Tengafa, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri DR Maximus Ongkili akan membawa kertas laporan berhubung peruntukan dan sokongan teknikal bekalan air di Kota Belud ke Kabinet, Rabu depan.

"Saya akan membawa laporan ke kabinet kerana sudah dibincangkan pada minggu lalu, memang ada ketetapan untuk membantu (menangani masalah bekalan air di Kota Belud) hanya jumlah (peruntukan) itu belum ditetapkan.

"Hari ini saya turun padang untuk mendapatkan maklumat mengenainya," katanya kepada pemberita selepas melawat Loji Rawatan Air Pandasann dan Loji Rawatan Air Bayayat serta meninjau muka sauk Sungai Kadamaian di sini, pada Jumaat.

Ongkili berkata Loji Air Pekan Kota Belud yang berkapasiti 22 juta liter sehari (MLD) dan Loji Rawatan Air Bayayat berkapasiti 15 MLD, kedua-duanya hanya mampu mengeluarkan 30 peratus daripada kapisiti biasa.

"Jadi ini memerlukan tindakan segera daripada pelbagai segi dan kerajaan Pusat sedang mencari jalan membantu kerajaan negeri untuk (mencari penyelesaian) jangka pendek.

"Ini termasuk menggantikan pam booster, membina 10 lubang jara di Loji Air Pekan Kota Belud dan 15 (lubang jara) di Loji Rawatan Air Bayayat,"katanya.

Ongkili juga melihat wujudkan keperluan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Air negeri membuat kajian menyeluruh berhubung masalah dihadapi ketika ini dalam menyediakan kaedah penyelesaian jangka panjang.

Beliau juga berharap penduduk daerah ini bersabar berikutan kekurangan bekalan air dan catuan air sementara tindakan jangka pendek bagi memastikan bekalan air kembali pulih dilakukan.

Dalam perkembangan berkaitan, Ongkili berkata para saintis dan geologi tempatan akan berada di Kota Belud mulai minggu depan bagi mengenal pasti kaedah terbaik yang perlu diambil untuk mengatasi masalah bekalan air di daerah ini.

Bernama