03
Kha, Dis

Unit Rawatan Air Kapisiti 3 Juta Liter Sehari Dihantar Ke Kota Belud: Ongkili

Sabah
Typography

KOTA BELUD - Sebuah unit rawatan air bergerak berkapsiti 3 juta liter sehari (MLD) akan dihantar ke Kota Belud sebagai langkah segera menyediakan bekalan air brsih terawat untuk penduduk di situ.

Menteri Tenaga, Teknologi HIjau da Air (KeTTHA), Datuk Seri Dr Mazimus Ongkili berkata unit rawatan air bergeraj verkapasiti seperti itu adalah pertama kali digunakan, dan dihantar sebagai langkah jangka pendek memandangkan Kota Belud sedang mengalami masalah air yang kritikal.

Katanya unit rawatan air bergeraj itu nanti adalah tiga kali lebih besar berbanding yang dihantar ke Ranau, yang hanya berkapasiti 1MLD.

"Kita akan mula (hantar unit rawatan air bergerak) dari Kuala Lumpur minggu depan. Dalam tempoh 10 hari (dijangka) boleh samapi (ke Sabah) dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu selepas itu untuk beroperasi." katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada Jurutera Jabatan Air Kota Belud, Hanifsom A.S Suhaili mengenai keadaan semasa masalah bekalan air bersih di daerah itu di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, Ongkili melawat Loji Rawatan Air Pandasan dan Loji Rawatan Air Bayayat serta meninjau Sungai Kadamaian.

Ongkili berkata lokasi sesuai untuk menempatkan unit rawatan air bergerak itu telah dikenal parti iaitu Sungai Wario kerana sumber air bersih diperlukan bagi membolehkannya beroperasi.

Katanya unit rawatan air bergerak yang dijangka siap dalam tempoh sebulan itu membabitkan kos RM5 juta termasuk pemasangan serta teknikal lain.

Bernama.