03
Kha, Dis

Batu Sumpah Perjanjian Malaysia Akan Dipindahkan: Kurup

Sabah
Typography

KENINGAU: Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup memutuskan Tapak Baru Batu Sumpah akan dipindahkan ke kawasan tanah lapang berhampiran dengan Pejabat Tanah dan Ukur Keningau.

Beliau membuat keputusan itu, pada satu mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemindahan Batu Sumpah yang diadakan di Pejabat Daerah Keningau, pada 9 Disember 2014 bagi mengenalpasti Tapak Pemindahan itu.

Katanya, projek itu melibatkan plak Batu Sumpah berkenaan supaya perkataan "Kerajaan Malaysia Jamin" dimasukkan kembali.

"Memandangkan isu ini amat sensitive khususnya kepada masyarakat tempatan di Sabah, maka kerajaan telah mengambil langkah untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang Zon Pedalaman.

Menurut Kurup, pemindahan Batu Sumpah berkenaan dengan mengembalian perkataan keramat "Kerajaan Malaysia Jamin". Ianya pasti akan menjadi satu peristiwa yang sangat bersejarah kepada Negara Malaysia khususnya di Sabah.

"Ini sekaligus akan memastikan nilai sejarah Batu Sumpah dalam pembentukan Negara kita dihormati untuk selama-lamanya,"tegas beliau lagi.

New Sabah Times