18
Isn, Jan

500 Atlet Dalam, Luar Negara Sahkan Penyertaan - Fred

Sabah
Typography

 

 

KOTA KINABALU - Lebih 500 atlet mengesahkan penyertaan mereka dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Sabah ke-62 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 29 dan 30 Ogos.

Presiden Persatuan Olahraga Sabah (SAA) Fred Gabriel berkata pada Sabtu bahawa selain daripada peserta tempatan dan pelajar dari 20 daerah di Sabah, bilangan itu juga termasuk penyertaan negara luar.

"Brunei, Sri Lanka, Filipina dan Balik Papan, Samarinda Tarakan dari Indonesia serta pasukan dari Perak dan Labun akan datang untuk mengambil bahagian, sementara atlet negara juga mungkin datang.

"Sabah akan diwakili oleh pemenang pingat perak Sukan SEA, Rayzam Shah Wan Sofian, pemenang gangsa Sukan SEA dan atlet Tawau, Fatin Faqihah Mohd Yusuf, pelari Negara Eddie Edward Jr, serta junior Elice Gregory dan Donga Jodi dalam acara pecut."

108 pingat bakal dimenangi dalam acara terbuka utama, dan 54 pingat dalam kategori junior bawah 15 tahun, dan Fred berkata temasya itu akan memberi pendedahan berharga bagi atlet tempatan bertanding dalam acara antarabangsa dan pada masa sama, badan negeri itu akan memberi peluang mengcungkil bakat baharu serta memupuk mereka untuk menyandang tugas wakil negeri di masa akan datang.

Beliau menggesa orang ramai datang untuk memberi sokongan penuh mereka kerana satu Tamu akan diadakan semasa acara, selain cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama 10 basikal gunung serta hamper.

Sementara itu, setiausaha SAA Francis Shim terdahulu berkata keputusan untuk mengadakan acara tahunan itu di Tawau adalah sebab kemudahan sedia ada yang dinaik taraf bagi Sukan Sabah baru-baru ini pada Jun, yang menurutnya akan menarik lebih banyak penyertaan asing.

"Sebab utama persatuan memutuskan untuk mengadakan kejohanan ini di Tawau adalah untuk memanfaatkan system pemasaan elektronik baharu dan papan skor baharu serta balapan yang baru diubah suai.

"Pasukan asing dan luar (bukan Sabah) biasanya hanya mahu bertanding apabila adanya pemasaan elektronik agar masa mereka diiktiraf, jadi tahun ini kami menjangka lebih ramai terutama atlet berkualiti mengambil bahagian."

Beliau menambah, acara itu adalah temesya tempatan terakhir bagi bakal atlet cuba melayakkan diri bagi bakal atlet cuba melayakkan diri bagi Sukman 2016 di Kuching dan menggesa semua atlet berlatih lebih gigih untuk mencapai mata kelayakan berdasarkan keputusan tempat ketiga dalam Sukma terakhir di Perlis untuk layak ke pasukan Sukma Sabah. Temesya itu juga memberi peluang kepada jawatankuasa pemilihan SAA menyenarai pendek pelari berganti-ganti bagi Sukma 2016.

Daily Ekspress