17
Ahd, Jan

Dua Buah Sekolah Risiko Terdedah Banjir Lumpur Di Daerah Kota Belud

Sabah
Typography

KOTA KINABALU - Kedudukan bangunan bagi Sekolah Kebangsaaan (SK) Melangkap dan SK Kaung Kota Belud dilihat ada keperluan untuk dipindahkan ke tempat lain.

Pengarah Pendudukan Negeri Sabah Datuk Jame Alip berkata, pihaknya sedang menjalankan kajian terperinci mengenai keadaan kawasan sekolah berkenaan.

"Tapak kedua-dua sekolah ini mempunyai risiko terdedah kepada kejadian banjir lumpur terutamanya selepas berlaku gempa bumi Jun lepas.

"Bagaimanapun, perkara ini belum diputuskan dan berdasarkan pemantauan awal di lokasi sekolah berkenaan, memang ada keperluan untuk berpindah ke kawasan lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Bantuan Komputer Riba oleh Sonsulat Negara China di Kota Kinabalu kepada sekolah rendah terpilih yang ditimpa bencana gempa bumi, semalam.

Menurutnya, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) akan memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun jelasnya, kementerian sudah meluluskan untuk pemindahan SK Kiau Kota Belud ke kawasan lain atas faktor yang sama.

Mengulas lanjut mengenai bantuan ke sekolah yang terlibat bencana, beliau berkata peruntukan sudah disalurkan untuk proses pembaikan.

"Bagi yang memerlukan bantuan forensik, ia mungkin mengambil masa untuk menjalankan kajian yang lebih terperinci.

"Ini kerana, hanya forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) sahaja yang boleh tentukan apa bantuan diperlukan untuk membaiki bangunan yang retak dan rosak," katanya.

Selain itu, Jame berkata JPN akan memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan China khususnya dalam membangunkan bidang sukan.

Menurutnya, Negara China mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam bidang sukan. Justeri, ia adalah peluang yang baik untuk mereka menyalurkan bantuan bagi pembangunan sukan dan pendidikan di Sabah.

Dalam pada itu, Ketua Konsulat Negara China di Kota Kinabalu Chen Peijie berkata, pihaknya dalam usaha untuk menyalurkan sebanyak 500 buah efektif dalam menghadapi bencana.

Katanya, setakat ini bahan bacaan berkenaan hanya diperoleh dalam bahasa Cina. Namun, usaha akan dijalankan untuk mendapatkan bahan dalam versi bahasa Inggeris dan Melayu.

Borneo Post (Bahasa Melayu)