MIRI – Seorang lelaki dari Rh Edward Usah, Sg. Sebindang Bok, Bok Tinjar, di sini telah dilaporkan hilang hari.
Laporan mengenai kehilangan mangsa Bengkong Anak Buntak 58 tahun telah diterima pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak sekitar jam 12.10 tengahari ini.
Jurucakap JBPM Negeri Sarawak berkata, sebaik laporan diterima, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB) Lopeng telah digerakkan menggunakan beberapa buah aset bagi mencari mangsa di lokasi kejadian.
Selain bomba, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) pada hari ini turut disertai oleh beberapa agensi lain termasuk penduduk setempat.
“Pasukan Bomba dari BBP Lopeng telah menyertai OPS SAR telah menggunakan sebuah jentera FRT, sebuah kenderaan utilitt Dmax dan sebuah Bot bagi mencari mangsa.
“Berdasarkan maklumat yang dibuah pengadu iaitu Winnie ak Bengkong yang merupakan anak mangsa kepada anggota Polis di Balai Polis Beluru Bakong mangsa telah keluar dari rumah pada 21 Mei 2018 lepas sekitar jam 8 malam.
“Terdapat seorang saksi dari rumah panjang yang sama telah melihat mangsa keluar dari rumah dengan hanya membawa lampu suluh dan mangsa ketika itu ada memberitahu mahu ke tandas