BINTULU - Penggunaan bahasa kurang sesuai atau lebih tepat lagi menggunakan bahasa kesat oleh pembangkang ketika berceramah di hadapan rakyat amatlah dikesali.
Ini menggambarkan imej sebenar pemimpin pembangkang yang langsung tidak mencerminkan imej politik matang dan imej rakyat di negeri ini.
Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berkata setiap individu yang ingin menjadi wakil rakyat wajar menggunakan bahasa baik terutamanya ketika berucap di khalayak ramai.
“Pihak terbabit (pembangkang) perlu dididik cara meningkatkan penggunaan tahap bahasa yang baik dan bukan menggunakan bahasa buruk dengan ucapan makian yang tidak menggambarkan diri mereka sebagai ahli politik atau bekerjaya profesional,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Guru Sarawak (STU) Bahagian Bintulu ke-15 dan penyampaian sijil galakan serta insentif akademik cemerlang di sini, semalam.
Turut hadir Setiausaha Politik Ketua Menteri Soo Li Ching, Presiden STU Jisin Nyud, Pengerusi STU Bahagian Bintulu, Soo Siew Huong dan Pegawai Pendidikan Daerah Sebauh, Tero